Penguatkuasaan Perlu Secara Berkala Kawal Harga Barang Naik

penguatkuasaan

SHAH ALAM Kenaikan harga barang di bazar Ramadan seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini perlu dicegah daripada awal oleh kerajaan dengan melakukan penguatkuasaan secara berkala oleh pihak penguatkuasa. Penguatkuasaan ini boleh dilakukan dengan pihak penguatkuasa turun ke bazar Ramadan dengan memantau harga makanan yang dijual oleh peniaga.

Pemuda BERJASA, Isma Aiman berpendapat adalah tidak wajar untuk peniaga menaikkan harga jualan walaupun cukai SST yang diperkenalkan adalah sebanyak 8% iaitu meningkat daripada 6% sebelum ini. Walaupun setiap tahun akan berlaku kenaikan harga barang namun kadar kenaikan sesetengah barang jualan perlu dibuat dengan kadarnya sahaja.

“Kita khuatir peniaga akan mengambil kesempatan lagi-lagi setelah kerajaan mengumumkan kadar peratusan baharu untuk cukai SST iaitu sebanyak 8%. Kerajaan patut melakukan sesuatu dengan memandang isu ini sebagai satu isu yang serius”.

“Saya juga melihat kerajaan seakan tiada solusi untuk mencegah isu ini daripada berlaku. Trend kenaikan harga bagi bahan mentah memang akan berlaku jadi saya fikir sepatutnya pihak kerajaan mula memikirkan solusi yang tuntas untuk mengatasi masalah ini”, tegas beliau.

Ditanya mengenai solusi yang patut dibuat oleh kerajaan itu, selain daripada pemantauan harga kerajaan juga sepatutnya membanteras sindiket kartel yang bertindak menyorok bekalan barangan bagi menaikkan harga.

“Pemantauan daripada pihak berkuasa jangan sahaja tertumpu di bazar Ramadan malahan boleh dibuat di kedai-kedai runcit yang bertindak untuk menyorok bekalan bahan mentah seperti bawang, tepung dan gula”, tegas beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
bazar ramadan

Bazar Ramadan: Peniaga Dan Pembeli Sama-Sama Terhimpit

Next Post
YB Fadhlina

YB Fadhlina Hanya Pedulikan Desakan Pihak Bukan Islam?

Related Posts