Kepentingan Kedaulatan Negara Tergadai, Pulau Daat Dibeli Warga Asing

LABUAN – Kepentingan kedaulatan negara seakan telah tergadai apabila Pulau Daat yang terletak kira-kira enam batu nautika dari pelabuhan dan pertengahan jalan ke Menumbok telah dibeli dengan harga kira-kira RM80 juta oleh pembeli asing dalam satu lelongan selepas beberapa percubaan awal yang tidak berjaya.

Lelongan itu dikendalikan oleh pelelong Bumiputera susulan pembubaran Potensi Bernas Sdn Bhd (Potensi Bernas) iaitu syarikat pembangunan dan pengurusan hartanah berdaftar di Sabah selaku pemilik Pulau Daat.

Difahamkan, pemilik pertama pulau itu ialah warga British, John Gavaron Treacher dan Clarence Cooper berdasarkan geran yang dikeluarkan pada tahun 1856 oleh Gabenor Labuan, George Warren Edwardes bagi pihak Ratu Victoria pada masa itu. Ia kemudian bertukar tangan kepada pemilik lain termasuk yang terakhir, Potensi Bernas.

Pada tahun 2021, harga rizab yang ditetapkan bagi Pulau Daat adalah RM135 juta, kemudian ia menurun kepada RM121.5 juta pada tahun 2022. Akhirnya, pulau ini terjual dengan harga yang jauh lebih murah iaitu RM80 juta pada tahun ini.

Terdahulu, pada tahun 2012, Perbadanan Labuan berhasrat menjadikan Pulau Daat sebagai hab minyak dan gas. Pada ketika itu, kerjasama yang dibuat melibatkan syarikat RG Gas dan Syarikat China, Zhuhai Winbase International Chemical Tank Terminal Co Ltd. Namun, dibatalkan berikutan geografi Pulau Daat yang cetek dan berlumpur. Selain itu, Pulau Daat juga pernah dicadang sebagai laluan bagi jambatan yang menghubungkan Labuan dengan Menumbok sepanjang 9.15 kilometer.

Penjualan Pulau Daat kepada warga asing ini dilihat sebagai satu tindakan menyerahkan kepentingan kedaulatan negara kepada pihak luar yang akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada negara.

Bukan itu sahaja malahan Pulau Daat dikatakan memiliki sumber mineral yang kaya sehinggakan Perbadanan Labuan mahu menjadikan pulau itu sebagai hab minyak dan gas untuk meningkatkan ekonomi Labuan. Projek pembangunan juga pernah dirancang merangkumi pelan pembangunan bersepadu meliputi kompleks penyimpanan gas, fabrikasi, pemprosesan minyak, perumahan, komersial dan hotel.

SUMBER – Knowledge Management Center(KMC), IRIS Institute

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar Ibrahim Patut Fokus Bangunkan Ekonomi Negara

Next Post

Sekolah Vernakular Model Pendidikan Yang Gagal

Related Posts