DAP Terus Konsisten Dengan Agenda Sekularnya

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

Shah Alam – Parti politik DAP terus konsisten dengan agendanya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sekular dan liberal.

DAP dilihat seakan tidak pernah lari daripada perjuangan asasi mereka bagi menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara sekular yang mereka idamkan. Dakyah dan ideologi yang mereka perjuangkan ini terus disebarkan walaupun memakan masa bertahun untuk membuahkan hasil.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif ketika dalam laman Facebooknya berkata, DAP akan terus menekan untuk mengimplimentasikan ideologi ini walaubagaimana cara sekalipun.

Beliau berkata, percaturan mereka ini agak licik walaupun di dalam kerajaan mereka bukanlah parti nombor satu di dalam tampuk kekuasaan kerajaan kini.

“Mereka sememangnya bukan parti nombor satu dalam kerajaan namun ironinya pemimpin yang memegang jawatan nombor satu dalam kerajaan yang akan tunduk kepada desakan mereka dan tidak berani membantah apa-apa tuntutan daripada mereka ini”.

“Kedudukan mereka di dalam kerajaan sebenarnya sudah menjamin ‘target’ mereka untuk menjadikan Malaysia menerima ideologi mereka yang bahaya ini”, tegas beliau.

Tambah beliau, DAP sebenarnya tidak kisah sekalipun umat Islam di negara ini ingin menganjurkan program keagaaman sebanyak mana sekalipun kerana fokus utama mereka adalah melemahkan institusi keagamaan yang termaktub di dalam perlembagaan secara halus.

Mereka mengetahui bahawa program-program keagamaan ini hanya sekadar wayang kulit sahaja dan langsung tidak menjejaskan agenda besar mereka.

Terdahulu, laporan akhbar arus perdana bertarikh 11 Jun 2023 melaporkan bahawa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan agar umat Islam di Malaysia menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Kenyataan kontroversi beliau itu dibuat kononnya merujuk kepada peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Tidak Mustahil Tsunami Melayu Mampu Tumbangkan Kerajaan

Next Post

Apa Definisi Sebenar T20 Oleh Kerajaan?

Related Posts