Tragedi Pembunuhan Ismail Haniyeh Meningkatkan Lagi Keraguan Risiko Pemilikan BlackRock Terhadap Aset Strategik Negara

SHAH ALAM – Tragedi pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran nyata memberikan satu kejutan yang besar dalam senario politik dunia. Di kala usaha ke arah gencatan senjata ingin dimeterai oleh kedua pihak, nampaknya rejim Zionis memberikan petanda bahawa mereka tidak setuju dengan gencatan senjata dan secara biadabnya terus membunuh Ismail Haniyeh yang dipilih secara sah oleh rakyat Palestin.

Pembunuhan beliau ini juga menimbulkan pertanyaan daripada orang ramai tentang keterjaminan keselamatan sempadan negara Iran itu sendiri. Hal ini demikian kerana Iran dikenali dengan sistem pertahanannya yang kuat tidak kira dari segi persenjataan laut, darat mahupun udara namun agak mengejutkan apabila pembunuhan Ismail Haniyeh ini boleh berlaku di Iran.

Jelas di sini sempadan Iran telah dibocori oleh entiti asing dan tidak mustahil Malaysia juga boleh dimasuki secara licik oleh entiti ini seperti yang telah dibuktikan melalui beberapa siri kegiatan perisik Mossad daripada Israel yang masuk ke Malaysia untuk membunuh sasarannya terdiri daripada rakyat Palestin.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menyuarakan kebimbangan terhadap senario yang berlaku di Iran ini kerana khuatir perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.

Tambahan pula, aset strategik negara yang mempunyai autoriti terhadap laluan udara negara iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan dimiliki sebahagian sahamnya oleh BlackRock.

BlackRock merupakan sebuah syarikat pengurusan hartanah terbesar di dunia dan mempunyai pelaburan saham di sebuah syarikat yang membekalkan senjata terhadap tentera rejim Zionis iaitu Lockheed Martin. Maka kerisauan ini adalah berasas.

“Pembunuhan Ismail Haniyeh menampakkan kelicikan Zionis untuk menyeludup masuk ke negara lain untuk membunuh musuh politiknya. Di Malaysia juga pernah berlaku pembunuhan yang didalangi oleh Mossad terhadap warga Palestin yang mempunyai hubungan rapat dengan Hamas”, katanya.

Pembunuhan warga Palestin di Malaysia ini merujuk kepada pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Al Batsh Fatma. Suspek pembunuhan sudah ditahan di Gaza dan mengakui ia atas arahan Mossad.

“Sekarang kita khuatir dengan tahap keselamatan negara kita setelah BlackRock diberikan keizinan oleh kerajaan untuk membeli sebahagian saham MAHB. MAHB merupakan aset strategik negara yang mempunyai kawalan luas terhadap laluan udara Malaysia.

“Jika Iran yang mempunyai sistem pertahanan ketenteraan yang kuat boleh dicerobohi sempadannya oleh Zionis, ini apatahlagi Malaysia yang masih lagi ‘berperang’ dengan isu ketidakcukupan aset senjata pertahanan dan terkini BalckRock pula bakal mempunyai sebahagian kuasa terhadap MAHB”, tegas beliau.

MAHB menguruskan 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia, termasuk lima lapangan terbang antarabangsa, 17 lapangan terbang domestik dan 17 STOLports (landasan berlepas dan mendarat yang pendek).

Dalam kenyataan Anwar Ibrahim pada Jun yang lalu, MAHB yang dimiliki sekitar 41 peratus oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengizinkan syarikat asing khususnya Global Infrastructure Partners (GIP) untuk memiliki bersama Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) sebanyak 30 peratus.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Platform Media Sosial Meta Cuba Bermain Api Dengan Malaysia Yang Bersolidariti Terhadap palestin

Next Post

Malaysia Tamatkan Latihan Ketenteraan Rimpac 2024 Yang Disertai AS Dan israel Hari Ini

Related Posts