Apa Definisi Sebenar T20 Oleh Kerajaan?

Isu pengkelasan status pendapatan isi rumah dalam kalangan rakyat Malaysia mencetuskan perdebatan yang hangat di media sosial.

Pihak Gelombang BERJASA memantau isu ini di media sosial dan ia sememangnya menimbulkan rasa ketidakpuashatian yang menebal di antara mereka.

Golongan B40 dan M40 ramai yang mengeluarkan komen sinis kepada golongan T20 di media sosial dengan mengatakan mereka sepatutnya tidak merasa kecewa dengan penarikan subsidi ini kerana mereka masih memiliki wang yang banyak lagi untuk menanggung keluarga mereka.

Semestinya golongan B40 dan M40 yang begitu gembira dengan perlaksanaan subsidi bersasar ini kerana bagi mereka ia lebih adil dan melihat kerajaan amat prihatin dengan nasib mereka.

Namun demikian, di sisi lain ada sebahagian golongan yang menggelarkan mereka T20 ini tidak setuju penarikan subsidi untuk mereka kerana mereka juga terkesan dengan kenaikan kos sara hidup kini ditambah lagi dengan tanggungan keluarga yang ramai.

Mereka ini ada yang tergolong dalam kalangan peniaga dan tidak hairan mereka mengeluh tentang kos sara hidup berikutan harga bahan mentah untuk stok bahan perniagaan mereka juga meningkat.

Mereka juga berpendapat mereka berhak untuk mendapat pulangan yang lumayan daripada kerajaan kerana kebiasaannya mereka adalah pembayar cukai yang tertinggi di Malaysia. Agak rugi untuk mereka tidak memperoleh sebarang manfaat daripada kerajaan sedangkan mereka telah mengeluarkan banyak wang kepada negara.

Kerajaan Tidak Adil Dalam Mengelaskan Tahap Pendapatan

Saya melihat perlaksanaan subsidi bersasar ini dibuat secara sambil lewa tanpa meneliti terlebih dahulu kesan yang bakal menimpa kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan mengenalkan perlaksanaan ini sedangkan kos sara hidup dan harga barangan pengguna makin meningkat berkali ganda. Adakah kerajaan menganggap golongan T20 ini mempunyai duit yang banyak sehingga tidak habis digunakan sehingga tujuh keturunan?

Artikel ini ditulis bukannya untuk mewakili golongan T20 tetapi saya menulis atas dasar memperjuangkan nasib rakyat secara keseluruhannya tanpa mengikut kelas pendapatan.

Saya berpendapat alangkah eloknya kerajaan menyusun kembali pengkelasan pendapatan ini agar ia dibuat dengan lebih adil dengan mengambil semua faktor.

Kerajaan mengkelaskan bahawa pendapatan isi rumah untuk B40 majoritinya adalah sebanyak RM4, 850 ke bawah, M40 antara RM4, 850 sehingga RM10,959 manakala T20 pula adalah lebih daripada RM10,960.

Namun begitu, pengkelasan pendapatan ini berbeza di setiap negeri kerana melihat kepada kos sara hidup di sesuatu kawasan.

Hal ini dapat dilihat kepada negeri Terengganu yang menetapkan pendapatan untuk T20 adalah lebih RM9,260 ke atas manakala Kuala Lumpur pula RM16, 640 dan ke atas. Jumlah yang berbeza namun berada di dalam kelas yang sama.

Di sini berlakunya kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana jumlah pendapatan isi rumah untuk T20 di setiap negeri adalah berbeza dan mereka ini pula tidak menerima apa-apa manfaat daripada kerajaan malahan dibebankan lagi dengan pengecualian subsidi.

Bukannya kos sara hidup makin berkurang malahan makin meningkat dan terus meningkat. Tidak nampak lagi sinar masalah ini akan selesai dan kerajaan seakan tidak mengetahui cara yang efektif untuk mengatasinya.

Kita tidak mahu golongan T20 ini berasa tertekan dengan memindahkan aset pelaburan dan simpanan mereka dalam mana-mana institusi penyimpanan wang dan akhirnya merugikan golongan rakyat lain yang tidak mendapat manfaat daripada pelaburan institusi kewangan itu akibat penarikan keluar wang simpanan secara beramai-ramai.

Mana-mana negara amat memerlukan golongan yang kaya untuk menghidupkan ekonomi dan tidak sepatutnya mereka dilayan seakan mereka ini adalah kapitalis jahat yang ‘menghisap’ duit daripada orang ramai.

Pena

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA atau parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan

DAP Terus Konsisten Dengan Agenda Sekularnya

Next Post
Pemuda BERJASA, Isma Aiman

Kerajaan Perlu Serius Dengan Kesan Nilai Ringgit Menurun

Related Posts