BERJASA Terima Reaksi Positif Bekas Ahli PAS

Kapar – BERJASA telah menerima reaksi yang positif daripada ahli PAS setelah ahli mereka melihat gerak kerja dalam program dan menjadi menjadi peserta program tersebut. Mereka melihat program ini bukan sahaja dilaksanakan secara tersusun malahan turut menerapkan nilai kebersamaan yang begitu utuh di antara jawatankuasa program dan peserta.

Salah seorang ahli PAS mengatakan bahawa nilai kebersamaan ini amat dicari oleh semua peserta kerana golongan sebegini hanya dikerah untuk melakukan kerja sahaja tanpa memfokuskan kepada perkara yang lain.

“Di dalam parti PAS kami tidak pernah merasa pengalaman sebegini. Dahulu kami hanya dikerah untuk melakukan kerja sahaja bagi menjayakan program. Namun demikian berbeza pula dengan BERJASA. Di dalam BERJASA kami diajak dan diajar sekali untuk bersama-sama berdakwah.”

“BERJASA tidak memfokuskan kepada politik semata-mata malahan mendidik untuk kita memberikan nilai tambah kepada moral masyarakat. Kami merasakan seperti di dalam sebuah keluarga yang besar ketika bersama BERJASA”, kata mereka.

Reaksi yang diberikan ini bukanlah reaksi positif yang pertama diberikan oleh masyarakat awam kerana sebelum ini dilaporkan 4 orang bekas ahli UMNO turut memberikan reaksi yang sama mengenai BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas Ahli UMNO Sertai BERJASA

Next Post

BERJASA Kapar Terus Melangkah Ke Hadapan

Related Posts