BERJASA Kapar Terus Melangkah Ke Hadapan

Kapar – BERJASA Bahagian Kapar telah menerima 30 orang ahli baharu yang terdiri daripada pelbagai usia terutamanya golongan muda hingga ke tua. Penyerahan borang keahlian untuk ahli-ahli baharu ini telah dilakukan dalam satu majlis rasmi yang bertempat diPusat Aktiviti Masyarakat BERJASA Bahagian Kapar pada hari Ahad yang lepas.

Timbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom mengatakan bahawa penerimaan masyarakat terhadap BERJASA di Kapar mula mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak mustahil jumlah keahlian BERJASA akan semakin bertambah dari masa ke semasa.

“Alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas sudah selesai majlis penyerahan borang keahlian untuk 30 orang ahli baharu yang menyertai BERJASA Bahagian Kapar. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami jangkakan pertambahan keahlian akan makin bertambah pada masa akan datang”.

“Selain daripada menyerahkan borang keahlian ini, kami juga menerangkan berkenaan sejarah BERJASA dan agenda BERJASA kepada mereka. Menariknya mereka memberikan reaksi yang positif kepada parti BERJASA”.

“Sebahagian daripada mereka ini terdiri daripada bekas pimpinan Wanita UMNO Cawangan yang cuba mencari peluang baharu setelah melihat kekacauan dan kegagalan UMNO pada hari ini. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyertai BERJASA dengan melihat agenda kita yang lebih jelas”, kata beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Terima Reaksi Positif Bekas Ahli PAS

Next Post

The Lion Of Al-Aqsa Anjuran Wanita BERJASA Sepang Zahirkan Sokongan Buat Palestin

Related Posts