Selepas Diesel, Beras Pula Dicadangkan Naik Harga

diesel beras

KUALA LUMPUR – Selepas dilaksanakan subsidi secara bersasar untuk diesel yang menyebabkan harga diesel naik, kini wujud pula cadangan untuk menaikkan harga beras putih tempatan. Cadangan ini datangnya daripada daripada pihak yang berkepentingan di dalam industri beras negara ketika isu harga diesel diapungkan masih hangat diperdebatkan oleh orang ramai.

Mereka menyarankan agar harga beras putih tempatan yang ketika ini dikawal oleh kerajaan RM2.60 sekilogram atau RM26 bagi kampit 10 kilogram (kg), dinaikkan secara minimum 25 sen bagi setiap kilogram.

Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), Ismail Awang berkata penetapan harga baharu kepada RM2.85 bagi setiap kilogram beras atau RM28.50 bagi kampit 10 kg dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi memberi peluang kepada pemborong ‘bernafas’, selain kadar kenaikan tidak menekan pengguna.

Tambah beliau, cadangan ini juga bertitik tolak daripada perubahan kos pengangkutan seiring dengan kenaikan harga diesel.

“Sebelum ini, kos pengangkutan bagi satu tan adalah RM50, namun sekarang meningkat sehingga RM90. Itu belum lagi kos plastik bagi kampit 10 kg yang dulu hanya 63 sen, tetapi sekarang meningkat kepada 80 sen”, kata beliau.

Pada masa yang sama juga, Ismail berkata jika berlaku kenaikan harga, pemborong dapat memiliki margin keuntungan untuk terus beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Saravanan Thambirajah sebelum ini juga ada mengesyorkan harga siling beras yang wajar adalah dalam lingkungan RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

Sebelum ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dilaporkan sedang melaksanakan perbincangan dengan pihak berkaitan mengenai cadangan menaikkan harga siling beras putih tempatan dan keputusan itu dijangka dibuat sedikit masa lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata setakat ini pihaknya belum boleh memberikan sebarang ketetapan mengenai perkara itu.

SUMBER – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
subsidi diesel

Subsidi Diesel Bersasar tidak Akan Selesaikan Masalah – Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Next Post
subsidi diesel bersasar

Subsidi Diesel Bersasar: Agenda Tersembunyi Pihak Tertentu?

Related Posts