Kapar – Lebih 800 hadirin memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya BERJASA Bahagian Kapar di Pusat Aktiviti Masyarakat BERJASA, Kampung Delek.
Hadirin yang hadir ke majlis tersebut dijamu dengan hidangan yang menyelerakan sebagai menghargai dan mengasihi pengundi BERJASA Kapar yang berdiri teguh secara bersama.
Majlis juga diserikan juga dengan kehadiran tetamu- tetamu kehormat seperti Dato’ Mohd Rosli Ramli (Timbalan Presiden BERJASA), Tuan Hj Abdul Samad Ashaari (Naib Presiden BERJASA), Ustaz Fahmi Bazlan Muda (Ketua Pemuda BERJASA) , pimpinan- pimpinan BERJASA Bahagian Kota Raja dan Shah Alam.
Turut meraikan majlis ini adalah rakan-rakan parti dari pada Pejuang serta rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama-sama memperjuangkan dan memartabatkan agenda perjuangan bangsa dan agama bersama BERJASA.