Persempadanan Semula: Jangan Korbankan Kuasa Politik Melayu

persempadanan semula- hamdan

Kuala Lumpur – Persempadanan semula adalah agenda terancang yang telah dibuat oleh DAP sejak bertahun lalu untuk menguasai bandar-bandar. Secara tak langsung, agenda licik ini adalah untuk mendapatkan sokongan undi kepada DAP dengan menyusun semula kawasan-kawasan yang berpotensi untuk menaikkan wakil parti politik mereka.

Menurut Ketua Penerangan BERJASA, Hamdan Sharif ” Isu ini sudah lama ada dan saya sendiri telah mengulas isu ini sejak tahun 2023 lagi. Perkara ini memang agenda terancang DAP dan kuasa kita sebagai orang Melayu memang ditolak sedikit demi sedikit. Mereka tidak akan berhenti. Inilah buktinya, selepas mencadangkan Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), isu persempadanan semula pula naik. Sekarang, Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) pula dibangkitkan”.

Saudara Hamdan juga menyatakan rasa bimbang dengan persempadanan semula ini, ia akan melenyapkan kuasa politik Melayu di tanah air ini kerana pertambahan jumlah kerusi di kawasan bandar yang kebanyakannya merupakan kawasan majoriti bukan Melayu.

“Kebimbangan ini berasas kerana kawasan-kawasan bandar ramainya orang bukan Melayu. Mereka (DAP) akan dapat lebih banyak kerusi sekiranya mereka melakukan persempadanan semula.” tambahnya. Beliau menegaskan lagi, “tanah ini bangsa tonggaknya adalah Melayu, identiti nasional adalah Islam dan Melayu dan sewajarnya kuasa yang kita perlu terus pegang adalah kuasa politik yang ingin mendaulatkan Islam dan Melayu.”

Ketua Penerangan BERJASA menyeru agar kita sama-sama bersatu dalam menyekat agenda terancang dalam melenyapkan kuasa politik Melayu di tanah air tercinta ini. Sememangnya benar banyak kelompongan yang ada dalam politik tanah air kita, namun kelompongan tersebut harus diisi dengan kepimpinan yang berwibawa dan dalam masa yang sama membawa agenda kuasa nasional yang lebih mapan. Mengorbankan kuasa politik Melayu bukanlah solusi yang terbaik untuk kita terus kehadapan.

Cadangan pilihanraya PBT telah dicadangkan oleh Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai yang juga merangkap Ahli Parlimen Cheras dikemukakan pada Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Ibu Pejabat DAP pada 17 Disember 2023 yang lalu.

Tan Kok Wai memberitahu bahawa pilihanraya PBT ini boleh dimulakan di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kemudian akan diteruskan di bandar-bandar lain seperti Ipoh, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, DAP memberi cadangan tetapi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor sudah siap meluluskan usul mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula kawasan parlimen di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Kemudian pada Februari 2025, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memberitahu akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar pada sesi Parlimen Julai ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Gelombang BERJASA dan parti BERJASA.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anwar Ibrahim Dinasihat Lembutkan Retorik Israel-Hamas: Tekanan dari Amerika Syarikat?

Next Post

Perletakan Jawatan Naib Canselor UKM: Berpunca Daripada Campur Tangan Politik?

Related Posts