Israel Tolak Two-State Solution: Masih Ingin Lagikah Malaysia Menjaja Solusi Ini?

israel two-state solution

BAITULMAQDIS Parlimen Israel baru-baru ini telah sepakat meluluskan rang undang-undang yang menghalang dan melarang keabsahan solusi “two-state solution” bersama negara Palestin. Penolakan “two-state solution” ini menandakan bahawa Israel menolak kewujudan negara Palestin sebagai sebuah negara yang sah atas alasan kononnya Palestin akan mengancam keselamatan mereka.

Keputusan undian usul itu menunjukkan seramai 68 orang ahli Parlimen Israel ataupun Knesset menyokong manakala 9 orang lagi menentang.

Usul yang dibawakan oleh Ze’ev Elkin daripada faksi New Hope – United Right disokong secara sepenuhnya oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu daripada koalasi sayap kanan dan koalasi pertengahan yang diwakili oleh parti National Unity dipimpin oleh Benny Grantz.

Waleed Alhwashla yang merupakan ahli Knesset berwarga Arab-Israel daripada parti The Joint Arab List berkata penolakan usul itu sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa pun keputusan kerana realitinya kerajaan Israel memang berkeras menolak solusi pedamaian itu.

Tegas beliau, Israel akan terus mengecilkan saiz tanah milik rakyat Palestin maka keputusan yang diperoleh tidak akan mengubah apa pun.

Sumber lain mengatakan bahawa kerajaan Israel berpendapat mengakui kewujudkan Palestin sebagai sebuah negara sah akan merancakkan lagi fahaman keganasan yang akan menguatkan Hamas dan penyokongnya.

Kini, hasil keputusan usul ini sepatutnya dinilai oleh negara-negara lain termasuk Malaysia bahawa adakah idea solusi penyelesaian dua negara ini akan terus dijaja dalam konflik Palestin-Israel ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan bersama pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar untuk menggesa penyelesaian secara aman di Gaza.

Anwar berkata, beliau telah memujuk mereka bagi mencari penyelesaian secara aman yang boleh diterima semua pihak memandangkan krisis kemanusiaan di sana sudah berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

“Saya meminta mereka untuk menghormati keputusan negara-negara jiran selain cuba untuk menjamin keamanan, melalukan pertukaran pembebasan tahanan, dan menerima ‘penyelesaian dua negara’.

Malaysia seperti majoriti negara lain masih melihat “two-state solution” sebagai penyelesaian yang baik untuk kedua belah pihak sedangkan Israel sudah bertindak untuk menolak sekeras-kerasnya solusi ini.

BERJASA sentiasa konsisten menolak idea penyelesaian ini kerana ini menunjukkan bahawa negara Israel juga merupakan sebuah entiti yang sah untuk mendirikan negara sedangkan mereka hanya merampas tanah milik rakyat Palestin yang berdaulat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
festival dutch malakka

Festival Dutch Malakka 2024: Mengapa Perlu Sanjung Penjajah Belanda Di Melaka?

Next Post
ahli parlimen sepang arak

Ahli Parlimen Sepang Jangan Cuba Normalisasi Arak Kepada Pelajar Sekolah

Related Posts