Negara Perlukan Pemimpin yang Jujur dan Cekap – Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Pastinya seseorang yang memiliki kehebatan berkata-kata dalam masa yang sama mempunyai kehebatan merancang dan melaksana adalah sepatutnya dikagumi.

Namun, sekiranya kehebatan berpidatonya hanya bertujuan untuk membina persepsi umum kepada dirinya sehingga kalau dia berbohong sekalipun orang tidak akan perasan dengan pembohongannya adalah sangat bahaya.

Saya suka merenung perkara ini berdasarkan pepatah yang menyebut bahawa “lisanul hal afsah min lisanil maqal”. Pepatah ini boleh diterjemahkan sebagai “Kehebatan melaksanakan kerja lebih berkesan berbanding kehebatan berkata-kata”.

Umum kini seolah-olah sudah menerima bahawa kehebatan seseorang itu dalam berkata-kata dan perpidato di pelbagai pentas terus menggambarkan dia juga hebat dalam segala-galanya.

Segala ungkapan sebelumnya yang jelas ada pembohongan telah disucikan dengan justifikasi lain oleh potensi kehebatan bercakap malah ianya tetap dianggap seorang yang bijak memimpin malah mempunyai pandangan yang kritis.

Ketajaman lidah seseorang sehingga mampu menumpulkan daya fikir kita untuk berfikir secara sihat dan terpimpin adalah sangat berbahaya. Sepertinya kita terpana dengan indahnya kain sutera sehingga tertipu yang dilitupi itu adalah bangkai.

Hj Zamani Ibrahim
Presiden Parti BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Bahasa Melayu Bukan Sekadar Simbolik – Ir Lukman Al Hakim

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Belia Perlukan Bantuan Sokongan Segera – Fahmi Bazlan

Related Posts