Cadangan Dasar Gaji Progresif Bakal Dibentangkan di Parlimen – Rafizi

PUTRAJAYA – Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif akan dibentangkan di Parlimen pada 30 November bagi menerangkan secara lebih terperinci berkaitan dengan ciri-ciri asas dan mekanisme pelaksanaannya.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, peruntukan pelaksanaan rintis gaji progresif untuk pekerja dan syarikat swasta awalnya telah dimasukkan di dalam Belanjawan 2024 di bawah Kementerian Ekonomi.

“Ini kali pertama kerajaan akan campur tangan secara terus untuk meningkatkan gaji sektor swasta,” katanya menerusi aplikasi X pada Rabu.

Ujar beliau, untuk mengekalkan momentum tumpuan kerajaan kepada persoalan gaji rakyat, projek rintis pelaksanaan gaji progresif akan dilaksanakan pada 2024 bagi menilai keberkesanan dan ketersediaan dasar tersebut.

“Keputusan yang dibuat ialah pelaksanaannya perlu melibatkan kesemua pihak dan digerakkan sebagai langkah bersama satu negara,” katanya.

Dasar gaji progresif dibuat bagi membantu negara mencapai sasaran bahagian pampasan pekerja sebanyak 45 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) dalam tempoh 10 tahun.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kelemahan Tatakelola Penyebab Rasuah Berleluasa, Dasar Barat ada kekuatan dan beri manfaat

Next Post

Keputusan Pembelaan Syed Saddiq Diketahui Hari ini

Related Posts