Anwar Ibrahim, Cukuplah Berfantasi!

anwar ibrahim

KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim sepatutnya fokus kepada realiti yang berlaku sekarang dan berhenti daripada berfantasi dengan cara pentadbirannya sekarang. Realiti saat ini yang berlaku di Malaysia amat mencabar terutamanya dalam melibatkan soal kesusahan ekonomi rakyat yang kini makin mencengkam.

Artikel ini sebagai respon kepada kenyataan Perdana Menteri ini pada Februari lalu yang mengatakan usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus.

Kenyataan ini terus disangkal dengan kuat oleh seorang aktivis yang kerap turun ke kawasan-kawasan bandar terutamanya Kuala Lumpur bagi menyalurkan bantuan kepada miskin bandar menerusi bantuan makanan dan pelbagai bentuk bantuan lain. Beliau yang dikenali sebagai Mohd Azizan Zainal Abidin berkata dakwaan Perdana Menteri bahawa sudah tiada golongan miskin tegar di bandar raya Kuala Lumpur terbukti meleset sekiranya pemimpin menyaksikan sendiri bagaimana orang ramai berebut-rebut mendapatkan bantuan.

Azizan, pengasas kumpulan sukarelawan Food For Gelandangan (FFG) berkata tahun ini bilangan mereka yang hadir mendapatkan bantuan meningkat lebih ramai berbanding 2023.

Tambah beliau lagi, mereka juga terpaksa membuat tapisan yang seketat-ketatnya bagi penerima bantuan atas faktor bantuan yang terhad untuk semua. Situasi yang dihadapi miskin bandar tidak mencerminkan apa yang dibentangkan di Parlimen bagi menunjukkan kejayaan membasmi kemiskinan tegar.

Beliau mengingatkan Anwar Ibrahim agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia sungguh jauh dengan realiti yang berlaku sekarang.

Anwar Ibrahim sepatutnya sedar masalah kemiskinan tegar di Malaysia masih memerlukan usaha yang banyak dan proaktif untuk diselesaikan serta kerjasama yang ramai melibatkan pelbagai pihak.

Azizan berkata lemahnya penguatkuasaan adalah sebab mengapa masalah gelandangan tidak selesai sehingga hari ini.

Katanya, agensi yang bertanggungjawab perlu menyaring golongan ini supaya dapat membezakan gelandangan warga emas, pendatang asing dan penagih dadah.

Pada November lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kadar kemiskinan tegar turun kepada 0.2% membabitkan 18,445 isi rumah, berbanding 1% pada 2020, iaitu ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
ekonomi

Aliran Dana Keluar Asing Mengalir Keluar, Tanda Pelabur Lari?

Next Post
nga kor ming

Nga Kor Ming Tuduh Pemboikot Israel Sebagai ‘Penghasut’

Related Posts