Akaun Tik Tok Presiden BERJASA Dibenam

BANGI – Gelombang BERJASA dimaklumkan mengenai akaun Tik Tok Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim yang telah pun dibenam di platform media sosial tersebut. Punca akaun Tik Tok beliau yang mempunyai 64 ribu pengikut itu tidak dapat dipastikan namun ia berkemungkinan besar datangnya daripada permainan politik oleh kerajaan.

Kami mendapati insiden ini berlaku selepas beliau mengutarakan pandangan mengenai penetapan menu Bak Kut Teh sebagai makanan warisan negara yang dilihat bercanggah dengan identiti negara. Video tersebut sebelum akaun beliau dibenam mendapat tontonan sebanyak 613 ribu dan 12 ribu perkongsian.

Gelombang BERJASA melihat ini sebagai satu tindakan bacul pihak kerajaan yang ingin menyekat suara pembangkang di platform media sosial. Janji untuk memberikan hak kebebasan bersuara dalam berpolitik adalah satu retorik kosong dan penipuan daripada kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nilai Ringgit Rendah, Kos Import Naik

Next Post

Kerajaan MADANI Bacul, Pengecut Dan Tidak Bertanggungjawab

Related Posts