Bangun KL: Malaysia berhak dapat penyelesaian lebih baik – Afif Badhrulhisham, Naib Presiden BERJASA

bangkit KL
bangkit KL

KUALA LUMPUR, 20 April — Kerajaan digesa tampil dengan penyelesaian yang lebih menyeluruh dan berjangka panjang bagi menangani kesesakan lalu lintas di ibu negara susulan kritikan terhadap inisiatif Bangun KL.

Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham, menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, yang mempertahankan projek itu sebagai “naif dan tersasar”.

Menurutnya, hujah bahawa inisiatif tersebut “lebih baik daripada tiada” serta tidak menggunakan dana awam gagal menjawab kekecewaan dan kritikan rakyat.

Cadangan ‘Bangun KL’ yang Lemah: Penanda aras semakin rendah

Sejak bila penanda aras kita jatuh kepada ‘lebih baik daripada tiada? Kerajaan sepatutnya sentiasa berusaha menambah baik dan menghasilkan penyelesaian yang bermakna. Tidak melakukan apa-apa bukan satu pilihan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Afif berkata, dengan keupayaan penuh jentera kementerian, kerajaan seharusnya mampu merangka penyelesaian di peringkat dasar untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Kuala Lumpur, bukannya meletakkan beban kepada rakyat.

“Sebaliknya, rakyat disuruh untuk bangun lebih awal dan menyelesaikan masalah itu sendiri,” katanya.

Cadangan ‘Bangun KL’ dikritik dan Kebanggaan tidak guna dana awam tidak wajar

Beliau turut mengkritik sikap berbangga kerana tidak menggunakan dana awam, yang menurutnya bercanggah dengan tanggungjawab asas kerajaan.

“Seorang menteri yang berbangga tidak menggunakan dana awam ibarat anggota bomba yang cuba dan akhirnya gagal memadam kebakaran tanpa menggunakan jentera bomba,” katanya.

Kerajaan mempunyai mandat dan akses kepada dana awam untuk menyelesaikan masalah negara. Apa yang rakyat harapkan ialah perbelanjaan yang bijak dan berkesan, bukannya mengelak daripada berbelanja.

Seru Kerajaan Melaksanakan penyelesaian holistik

Afif turut menggesa kerajaan agar tidak lagi bergantung kepada kempen populis, sebaliknya memberi tumpuan kepada penggubalan dasar yang lebih substantif.

“Cukuplah dengan inisiatif berorientasikan imej. Rakyat berhak mendapat pelan yang menyeluruh, holistik dan strategik untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau menambah, walaupun pendekatan sedemikian mungkin kurang menarik untuk dipromosikan, ia tetap merupakan tanggungjawab asas sebuah kerajaan.

“Laksanakan tanggungjawab itu dengan baik, atau berundur,” katanya.

Afif Badhrulhisham
Naib Presiden BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
prn melaka

PRN Melaka: Cadangan tangguh pilihan raya bertentangan prinsip demokrasi – Ir Khoushaini, Naib Presiden BERJASA

Next Post

Bangun KL: Malaysia deserves better solutions – Afif Badhrulhisham, Vice President of BERJASA

Related Posts