Calon Dun Nilai: Ustaz Zamani tekad mahu jadikan Nilai pilihan anak muda bina kerjaya, keluarga dan masa depan

prn negeri sembilan
prn negeri sembilan

Oleh NSM

NILAI, 20 JulaiKesejahteraan hidup anak muda akan menjadi antara keutamaan yang diperjuangkan Ustaz Zamani Ibrahim, calon BERJASA bagi N10 Nilai.

Beliau berkata, Nilai memiliki potensi besar sebagai sebuah bandar yang berkembang pesat dengan kedudukan strategik, institusi pendidikan serta kawasan perindustrian yang mampu menawarkan lebih banyak peluang kepada generasi muda.

Impian saya ialah melihat Nilai menjadi pilihan anak muda untuk membina kerjaya, mendirikan keluarga dan merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.

Kita mahu mewujudkan sebuah kawasan yang bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan berkualiti, malah mempunyai persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif untuk membesarkan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program santai bersama penduduk yang turut menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia di Faris Maju USIM, pagi tadi.

Pembangunan mesti manfaatkan anak muda

Menurut Ustaz Zamani, usaha memperkukuh ekonomi setempat, memperluaskan peluang pekerjaan serta meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah dan hospital perlu bergerak seiring bagi memastikan anak muda tidak perlu berhijrah ke tempat lain untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Katanya, pembangunan di Nilai juga perlu memberi manfaat secara langsung kepada rakyat tempatan, khususnya golongan belia yang menjadi aset penting kepada masa depan negeri.

Calon Dun Nilai dengar sendiri harapan penduduk

Dalam program itu, beliau turut beramah mesra dengan penduduk, khususnya golongan muda, serta mendengar harapan mereka terhadap pembangunan Nilai.

Ustaz Zamani berkata, suara anak muda perlu diberi perhatian kerana mereka ialah pemimpin masa depan dan pemacu pembangunan negara.

Insya-Allah, saya mahu membawa suara rakyat Nilai agar pembangunan benar-benar meningkatkan kualiti hidup dan memajukan Nilai

Calon Dun Nilai Santuni masyarakat sepanjang program

Ustaz Zamani turut solat berjemaah dan beramah mesra bersama penduduk di Surau Desa Anggerik, Masjid Assidiqin serta restoran sekitar yakni Restoran Nasi Ulam Kak Su dan Restoran PokJak,

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post
    prn negeri sembilan

    PRN Negeri Sembilan: BERJASA Rasmi Bertanding di Nilai, Ustaz Zamani Calon Nombor 1

    Related Posts