Pindahkan Penjajah, Bukan Rakyat Palestin

BANGI – Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menjelaskan berkenaan perancangan kerajaan untuk memindahkan seramai 2 juta rakyat Palestin keluar daripada Gaza adalah satu tindakan yang tidak wajar dinyatakan oleh pihak kerajaan. Solusi ini daripada mata kasarnya dilihat baik untuk kemanusiaan namun sebenarnya mana mungkin untuk rakyat keluar daripada tanah airnya yang berdaulat.

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadhilah berkata jika tindakan memindahkan rakyat Palestin untuk mendapatkan rawatan di Mesir adalah satu tindakan yang baik namun jika dipindahkan secara terus dan tidak menghantar pulang semula ke Gaza, tindakan itu perlu dipertimbangkan semula kerana ia melibatkan kedaulatan Palestin itu sendiri.

“Kita perlu sedar bahawa tindakan pihak Zionis mengebom hospital, sekolah dan kem pelarian di Palestin adalah satu perancangan yang disusun rapi untuk mengusir keluar rakyat Palestin keluar daripada Gaza. Apabila mereka keluar daripada Palestin dan tidak pulang kembali, Gaza pasti akan dijajah oleh Zionis untuk dibuka sebagai penempatan baharu bagi penduduk haram Yahudi”.

“Namun kita pula yang seakan menyokong perancangan Zionis untuk memindahkan mereka sedangkan yang sepatutnya dipindahkan daripada peta dunia adalah Israel itu sendiri selaku penjajah. Perdana Menteri kita selalu mengulang pendirian untuk bersikap tegas dalam hal ini dan sepatutnya mengambil peluang ini dengan memujuk pemimpin-pemimpin dunia terutamanya dari negara Islam untuk menekan Israel agar menghentikan kekejaman ini”, jelas beliau.

Mengakhiri temubual bersama Gelombang BERJASA, beliau mengulangi pendirian bahawa memindahkan penduduk Palestin dari tanahair mereka seterusnya menguasai seluruhnya bumi Palestin adalah objektif utama yang ingin dicapai oleh pemerintah Israel.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

kerajaan Bercelaru Dalam Urus Minggu Solidariti Palestin

Next Post

Zionis Sudah melampaui Batas, Bersikap Keji

Related Posts