Zamani Ibrahim, Mukhriz dan KJ Desak AS Tarik Balik Sokongan Kepada Israel

Kuala Lumpur: Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim pada hari semalam turun berhimpun bersama ratusan orang untuk berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS). Himpunan ini dilakukan bagi menyatakan bantahan kepada tindakan Israel yang secara biadabnya melancarkan serangan terhadap warga Palestin yang tidak bersalah.

Zamani Ibrahim bersama Khairy Jamaluddin dan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus solat Jumaat bersama ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut menyertai himpunan dengan mendukung plakad mengecam Israel dan AS ke atas Palestin.

“Kita berhimpun pada hari ini sebagai satu bentuk solidariti kepada saudara kita di Palestin yang teruk dibantai oleh rejim Zionis. Kami merasakan bahawa saudara kita di Palestin telah menjaga maruah umat Islam di seluruh dunia kerana sanggup berkorban untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam di seluruh dunia”.

“Kepada seluruh warga Malaysia, hari ini kita dapat melihat sifat kebinatangan Zionis yang membunuh warga Palestin tanpa sempadan dan belas ihsan. Mereka berperang dengan berperwatakan haiwan dan ini merupakan satu tindakan jenayah besar yang memerlukan mereka diheret ke muka pengadilan.”

“Saya ingin menyeru kepada warga Palestin agar jangan bimbang kerana kami di seluruh dunia akan berkumpul dan tetap membantu dengan usaha kami secara terus menerus demi kebebasan Palestin”, tegas beliau katanya kepada pemberita selepas himpunan dan serahan memorandum itu di Kedutaan AS pada hari semalam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Golongan ‘Maha Kaya’ Tidak Berhak Terima Subsidi

Next Post

Luaskan Kuasamu BERJASA Pahang

Related Posts