Isu Hadis 40: KPM Jangan Tunduk Pada Suara Sumbang NGO

Puchong – Bantahan yang dikenakan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) berkenaan pengenalan pembelajaran Hadis 40 Imam Nawawi menampakkan semakin banyak perkara berkaitan kepentingan Islam telah dicabar.

Lebih memilukan hati apabila bantahan itu dibuat dengan bertujuan untuk menyanggah Islam sebagai satu komponen terpenting dalam kehidupan. Jika bantahan yang dikemukakan itu atas sebab tidak mahu Hadis 40 ini diajarkan kepada golongan pelajar bukan Islam mungkin boleh diterima lagi namun menidakkan kepentingan Islam dalam falsafah pendidikan negara kita amat melampau sekali.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak sepatutnya melayan kerenah dan aduan daripada mana-mana pihak yang secara sengaja ingin menyentuu isu-isu yang sensitif. Beliau berpendapat pihak MCCBCHST tidak sepatutnya menggelabah kerana pembelajaran hadis ini hanya dikhususkan kepada murid-murid yang beragama Islam sahaja.

“Memang menjadi tanggungjawab pihak KPM untuk menjadikan pendidikan awal kanak-kanak itu diintegrasikan dengan nilai-nilai Islam agar kita melahirkan generasi manusia yang berakal bukannya robot”.

“Realiti pelajar di sekolah adalah membimbangkan, khususnya dari sudut kemenjadian murid, sahsiah, nilai-nilai murni dan ketahanan mental dalam pembelajaran semakin merosot. Saya yakin bahawa cadangan ini adalah menjadi solusi kepada masalah yang membelenggu kebanyakan warga pendidik di KPM termasuk pentadbiran sekolah yang telah melihat secara dekat realiti yang sedang berlaku”, tegas beliau.

Dalam masa yang sama juga, beliau membangkitkan persoalan berkenaan perlaksanaan pembelajaran hadis ini lebih-lebih lagi dalam soal sejauh mana modul ini diolah supaya ia bukan menjadi satu beban baru kepada silibus pendidikan dan tidak dijadikan subjek tambahan.

“Persoalan ini wajib dibangkitkan kerana fokus utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan kini adalah meneliti dan mengkaji semula silibus pendidikan di KPM yang mana sekarang ini ia dilihat keterlaluan dan membebankan, bukan sahaja kepada pelajar dan guru, tatapi turut dirasai ibu bapa malahan penjaga”.

“Seeloknya pihak KPM boleh mengeluarkan satu kenyataan ataupun memo bagi membolehkan guru-guru lihat secara jelas mengenai perlaksanaannya kerana idea yang bagus tetapi jika perlaksanaan itu tidak cekap maka tiada gunanya juga”, kata beliau.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) minggu lalu telah melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.

Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Ini Tanah Berdaulat: Manifestasi Ke Arah Identiti Watan

Next Post

Wanita BERJASA Sokong Modul Penghayatan Hadis 40

Related Posts