UMNO Seakan Lupa Daratan

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Bangi – UMNO seakan lupa daratan sehingga tidak tahu mana dahan yang ingin mereka berpaut.

Itu kenyataan daripada Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin yang berkata bahawa kerajaan Perpaduan yang didukung oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebagai formula agar rakyat tidak terbelenggu dengan naratif perkauman yang ekstrem.

Beliau berkata, perjuangan UMNO jelas membawa aspirasi perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam dan perkara itu adalah asas yang tidak boleh dinafikan.

Adapun adapun isu ekstrem atau rasis adalah satu bentuk tuduhan dan fitnah yang sengaja memburuk-burukkan perjuangan kita.

“Adakah UMNO ingin mengatakan bahawa perjuangan membela bangsa sebagai satu yang rasis sedangkan kita ada hak untuk mempertahankannya”.

“UMNO sekarang sudah lupa diri bahawa perjuangan membela bangsa Melayu di Malaysia ini bermula daripada aspirasi perjuangan parti itu sendiri. Sekarang sudah berbeza nadanya apabila berada di dalam kerajaan perpaduan sekarang”, kata beliau kepada Gelombang BERJASA.

Tambah beliau, alam dunia politik demokrasi, rundingan itu perlu dan kerjasama itu penting tetapi sejauh mana ia memberikan keuntungan kepada masa depan perjuangan UMNO. Itu yang sepatutnya lebih diutamakan oleh mereka.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, UMNO-BN akan membawa politik matang dan progresif dan tidak boleh lagi melihat sesuatu parti politik itu berdasarkan sentimen setelah bekerjasama bersama PH dalam membentuk kerajaan perpaduan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Filem Anwar: The Untold Story: Jemputan Menggunakan Peruntukkan Daripada Mana?

Next Post

ke Mana Politik Hari Ini membawa Manusia

Related Posts