UMNO Kalah & Terus Berpecah – Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

Bangi – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim melihat situasi berbalas kenyataan dan kritikan dalam kalangan ahli UMNO menampakkan parti UMNO terus berpecah selepas mengalami kekalahan di dalam PRU-15.

Beliau menambah, UMNO sememangnya ada agenda berjuang yang diperkatakan daripada dahulu lagi dan ia terbahagia kepada dua iaitu sama ada agenda besar dan kecil.

Namun, kini UMNO dilihat banyak memperjuangkan agenda kecil sahaja yang melibatkan keuntungan parti, kepentingan puak dan peribadi.

Dakwaan ini boleh disokong oleh sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sanggup menggadaikan prinsip parti untuk bekerjasama dengan DAP buat pertama kali di dalam sejarah.

Lebih parah, pemimpin tertinggi parti ini telah bertindak menyingkirkan ahli parti yang tidak sebulu dengan mereka.

Tegas beliau, BERJASA tetap dengan prinsip dan pendirian mereka untuk mengangkat agenda negara dalam dasar parti mereka daripada agenda peribadi.

BERJASA adalah medium parti yang terbaik untuk para pemimpin dan rakyat terutamanya anak muda yang mempunyai keinginan untuk melihat negara ke arah yang lebih gemilang.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memperlihatkan Lokman Adam dan Isham Jalil masing-masing menyalahkan mantan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri susulan kekalahan UMNO di PRU-15.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Menu Rahmah: Tiada Subsidi Satu Kesilapan – Ir Ts Lukman Al Hakim

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Menu Rahmah: Peniaga Sokong Kenyataan Ketua Pemuda BERJASA

Related Posts