DAP Konsisten Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Shah Alam – Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak di Parlimen baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi melibatkan kebebasan beragama yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ngeh Koo Ham telah mengajukan kenyataan seolah-olah ingin menormalisasikan perkahwinan secara bebas di antara pasangan beragama Islam dengan bukan Islam di luar negara dan menggesa kerajaan Malaysia mengiktiraf secara sah perkahwinan mereka setibanya mereka di Malaysia.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan ketika dihubungi oleh Gelombang BERJASA untuk mendapatkan respon beliau berkata menjadi satu kebiasaan untuk ahli politik daripada DAP mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan kontroversi sebegitu kerana beliau pernah mengeluarkan kenyataan menggesa agar orang Islam yang murtad dihormati haknya dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak sejak 2014.

“Perkara 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia itu adalah benar namun perllu diteliti pada Fasa 4 bahawa ada sekatan yang dikhususkan untuk umat Islam. Penetapan ini tidak boleh dipertikai”.

“Kenyataan beliau di Parlimen baru-baru ini menanyakan soal perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam di luar negara sudah pun dijawab oleh Menteri Agama namun sedarkah kita bahawa DAP amat konsisten untuk mempertikaikan agama Islam seperti isu murtad yang pernah dibangkitkan dahulu”, tegas beliau.

Beliau mempersoalkan adakah kenyataan sebegitu sesuai dibangkitkan di dalam Parlimen sedangkan semua sudah jelas bahawa Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Bagi beliau kenyataan itu seakan ingin menormalisasikan murtad dalam kalangan rakyat Malaysia bahawa ia sesuatu yang diterima atas dasar kebebasan beragama.

“Saya hairan mengapa tiada tekanan ataupun sebarang tindakan dikenakan kepada beliau kerana ini isu yang sensitif dan bukan kali pertama beliau berkata sedemikian. Beliau sama seperti ahli politik DAP lain yang hanya sekadar meminta maaf apabila menyentuh sensitiviti umat Islam”.

“Saya juga ingin mempersoalkan di manakah suara ahli Parlimen Melayu yang lain? Saya khuatir jika tiada tekanan yang diberi maka fasal-fasal kecil di dalam perlembagaan cuba dimansuhkan atau dinafikan oleh ahli-ahli Parlimen yang berniat jahat”, jelas beliau.

Beliau sempat memberikan peringatan bahawa sama ada Perlembagaan Persekutuan ini hanya akan dinilai dan ditafsirkan secara literal sahaja atau dinilai secara teliti fasal-fasalnya melibatkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO Jangan Guna Istilah ‘Ijtihad Politik’

Next Post

Kunjungan Parti PUTRA Ke Pejabat BERJASA

Related Posts