Masalah Sistem Pengairan Kota Raja Yang Tiada Kesudahannya – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Parlimen Kota Raja sebelum ini sudah lama berada di dalam kekuasaan parti Amanah iaitu Dr Siti Mariah Mahmud dan dituruti oleh penyandang sebelum ini iaitu Mohamad Sabu.

Kota Raja sebelum ini sering dilanja banjir sehingga menjejaskan kediaman penduduk. Baru-baru ini telah berlakunya lagi banjir di Kota Raja. Walaupun ia tidak seteruk banjir yang berlaku pada akhir tahun lepas namun isu ini seperti tiada kesudahannya.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu telah menjanjikan bajet sebanyak RM50 billion untuk projek tebatan banjir Lembah Klang sempena manifestonya untuk PRU-15 ini menurut sumber daripada Malaysia Gazette bertarikh 7 November 2022. Hairannya mengapa selama Mat Sabu memegang kerusi Kota Raja selepas PRU-14, idea ini tidak pernah disuarakan langsung ketika menjadi kerajaan dan pembangkang? Jelas Mat Sabu hanya sibuk memainkan sentimen politik kepartian semata-mata dan meminggirkan kesejahteraan rakyat.

Mat Sabu juga bukan pemimpin yang mempunyai prinsip yang jelas kerana keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baharu yang dinamakan Amanah. Dasar penubuhan Amanah hanya bertititik tolak daripada kekecewaan sebahagian mereka yang kecewa dengan PAS. Ini bermakna matlamat Mat Sabu menubuhkan Amanah atas dasar politik semata-mata bukannya atas dasar kesejahteraan rakyat.

Masyarakat Kota Raja seharusnya beri peluang kepada calon baharu yang lebih berintegriti. Calon Pejuang-BERJASA untuk Parlimen Kota Raja, Fahmi Bazlan lulusan Ijazah Sarjana Muda Fakulti Syariah dan Undang-Undang Pengajian Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar, Mesir mempunyai latar belakang yang begitu baik sekali dalam aktiviti kemasyarakatan di Kota Raja.

Fahmi Bazlan sebelum ini pernah mewujudkan projek membantu pesakit pulih kepada masyarakat India, projek pembangunan ekonomi bersama Persatuan Peniaga Kecil Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam dan projek Bangkit Berniaga bersama Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera Shah Alam. Bukan itu sahaja malahan Fahmi Bazlan sudah berpengalaman melibatkan diri sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir di Kota Raja sebelum ini.

Oleh hal yang demikian Fahmi Bazlan menawarkan infrastruktur berkualiti tinggi bagi membolehkan penduduk Kota Raja berhak mendapatkann sistem pengairan dan saliran yang baik. Bagi memantapkan lagi penglibatan masyarakat Kota Raja dalam program kesukarelawanan, Fahmi Bazlan akan mewujudkan pusat komuniti yang berfokuskan kepada wanita dan belia.

Program untuk memastikan anak-anak muda Kota Raja mendapat peluang yang lebih baik di bidang pendidikan & pekerjaan akan diperkenalkan dan berpotensi untuk membantu mereka mendapat akses pendidikan yang lebih baik.
Lebih 260,000 pengundi akan mengundi pada PRU-15 ini. Ayuh kita hantar Fahmi Bazlan ke Parlimen.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim Naib Presiden

Benar- Benar BERJASA – Ir Lukman Al Hakim

Next Post
Afif Badhrulhisham Naib Presiden BERJASA

Terima Kasih Jentera BERJASA PRU-15 – Afif Badhrulhisham

Related Posts