1. Pilihanraya Umum 15 (PRU-15) telah melabuhkan tirainya. Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab turun mengundi pada PRU kali ini.
2. Sebagai sebuah parti yang turut serta dalam proses demokrasi negara parti BERJASA menghormati dan akur dengan keputusan PRU 15 bagi semua 13 kerusi yang kami tandingi melalui Gerakan Tanah Air (GTA).
3. Parti BERJASA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang kami santuni sepanjang tempoh berkempen dan pengundian kali ini. Terima kasih kerana sudi mendengar dan bersama BERJASA dan GTA dalam usaha membina negara Malaysia yang unggul dan bermaruah.
4. Walaupun dalam PRU kali ini tiada calon dari parti BERJASA yang memenangi kerusi Parlimen atau DUN, namun parti BERJASA kekal komited untuk terus menabur bakti di setiap kawasan yang kami tandingi dalam usaha bersama-sama membina Malaysia yang unggul dan bermaruah.
5. Syabas dan terima kasih kami panjangkan kepada para jentera dan penyokong parti BERJASA yang gigih bekerja sepanjang PRU 15. Komitmen dan pengorbanan anda akan terus menjadi pembakar semangat parti dalam merancang dan membuat persiapan rapi dalam menghadapi siri pilihanraya akan datang.
Afif Badhrulhisham
Naib Presiden Komunikasi Strategik
Parti BERJASA Malaysia