BERJASA Gesa Segera Bentang Rang Undang-Undang Akta Pendanaan Politik – Hazwan Mohamad

Hazwan Mohamad BERJASA

Bangi – Selain daripada Akta Anti Lompat Parti yang hangat diperkatakan kebanyakkan Ahli Parlimen kini, saya menggesa supaya disegerakan juga pembentangan rang undang-undang yang dinamakan sebagai Akta Pendanaan Politik (APP) untuk dibentangkan dalam Parlimen seterusnya diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Akta Pendanaan Politik amat penting bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dan demokrasi negara. Ketiadaan undang-undang sebegini merupanakan antara punca mengapa rasuah dan politik wang berleluasa.

Ahli Politik memerlukan dana yang banyak untuk membiayai perjalanan kempen politik mereka sehingga terpaksa bergantung harap kepada dana yang diberikan oleh taikun-taikun perniagaan dan syarikat-syarikat korporat besar yang sudah pasti mengharapkan imbuhan sebagai timbal balik terhadap jutaan wang yang diberi kepada ahli politik.

Senario inilah yang memungkinkan budaya rasuah berleluasa. Ahli politik yang menang PRU kelak terasa berhutang budi dengan pendana politik mereka. Lantas segala dasar dan polisi yang bakal digubal sudah tentu tidak boleh memberi kesan terhadap sumber pendapatan taikun-taikun perniagaan ini. Sebagai contoh sekiranya kerajaan mahu melaksanakan kawalan harga hartanah atau menyekat kenaikan harga barang dalam industri dimonopoli taikun perniagaan tertentu sudah pasti tidak akan berjaya kerana rasa terhutang budi.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Azizah Che Awang Wanita BERJASA

Jangan Jadikan Usaha Martabat Bahasa Melayu Sekadar Retorik – Azizah Che Awang

Next Post
Presiden Berjasa Zamani Ibrahim

Loh Ceroboh Keamanan Negara, Pemimpin Islam Berkuasa Perlu Bertindak – Zamani Ibrahim

Related Posts