BERJASA Perjuangkan Pendidikan Beridentitikan Nasional – Zulkifli Yahya

Cikgu Zulkifli Yahya

Menjelang akhir tahun 2019, 550 Institut Confucius dan 1,172 bilik darjah Confucius telah ditubuhkan di 162 negara dan wilayah di seluruh dunia.Institut Confucius ialah sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh negara China bagi membolehkan komuniti seluruh dunia mempelajari bahasa Mandarin, meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang bahasa Mandarin dan budaya negara China serta untuk mengukuhkan pertukaran pendidikan dan budaya antara China dan negara-negara lain.

Di Eropah dan Amerika Syarikat, penubuhan institut ini rata-rata menerima respon yang negatif disebabkan isu kawalan autonomi universiti tempatan, selain mereka dipaksa mengikut arahan daripada Beijing dalam susunan silibus pendidikan. Institut ini juga tidak dibenarkan beroperasi kerana dianggap sebagai salah satu medium Parti Komunis China menyebarkan propagandanya.

Ironinya, di Malaysia pertumbuhan lima institut Confucius beroperasi tanpa sebarang isu atas dasar memperkukuhkan hubungan antara dua buah negara dan keharmonian antara kaum. Pemimpin negara perlu bijak dalam mencatur strategi negara luar dalam membentuk bentuk “soft power”, bukan menerima sahaja bulat-bulat apa sahaja peluang yang terbentang di hadapan mata.

BERJASA bertegas dalam sistem pendidikan beridentitikan nasional tanpa unsur pemikiran asing diterapkan di Malaysia bagi melahirkan generasi yang teguh berprinsip. Jati diri inilah yang akan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara kuat maju dan berdaulat.

Zulkifli Yahya
Setiausaha Agung BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Lima Calon Berjasa Berdepan Calon ‘Heavyweight’ – Pengarah Pilihanraya BERJASA

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Masalah LRT Kelana Jaya Lagi, Latih Tenaga Pakar Dalam Kalangan Anak Tempatan – Ir Lukman Al Hakim

Related Posts