DAP Bersikap bacul dengan menunggang parti melayu

BANGI – DAP hanya bijak bermain retorik kononnya sebagai parti pelbagai kaum namun di belakang mereka juga rancak bermain dengan isu perkauman lebih-lebih lagi apabila menyentuh isu sensitiviti melibatkan Melayu dan Islam. Mereka beranggapan itu adalah hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan di dalam perlembagaan selaras dengan pemerintahan demokratik di Malaysia.

Kemudian setelah menyedari pelbagai kecaman ditujukan kepada mereka atas dakwaan tersebut, mereka akan mula berdolak-dalih dengan mengatakan itu hanya pendapat peribadi daripada ahli pimpinan mereka sahaja. Tidak cukup dengan itu malahan mereka akan cuba berselindung di belakang parti lain yang menjadi sekutu mereka. Dahulu mereka ‘menyorok’ di belakang PAS sewaktu menjadi pembangkang apabila dikritik sebagai parti perkauman dan sekarang mereka berjaya berpaut pula dengan UMNO yang bersama-sama dalam membentuk kerajaan.

Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA, Mohd Azriq Rosman berkata serangan terhadap Melayu dan Islam bukan satu perkara yang pelik dan biasa sahaja dimainkan oleh kebanyakan pimpinan DAP. Bilamana orang Melayu marah mereka akan menyebut ia hanya kenyataan individu dan tidak mewakili parti. Pimpinan-pimpinan DAP ini juga berlindung di belakang parti-parti Melayu yang menjadi komponen sebagai tukang menyucikan mereka. Parti-parti Melayu yang perlu sedar untuk berhenti ditunggang oleh DAP. Mereka tidak sedar bahawa DAP hanya menunggang parti-parti Melayu ini untuk terus bermahajarela meluaskan lagi propaganda Malaysian Malaysia.

Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada 29 November lalu di Manchester yang mengatakan bahawa tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’. Dikala ahli UMNO membidas kenyataan beliau itu, Presiden UMNO iaitu Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan selambanya mengatakan itu hanya pendapat peribadi sahaja tanpa mewakili pendirian parti. Begitu mudah DAP disucikan oleh presiden parti Melayu yang terbesar di Malaysia.

Jelas bahawa parti-parti Melayu di Malaysia iaitu PAS mahupun UMNO sanggup membodohkan diri dan dipermainkan oleh DAP demi mengekalkan kuasa masing-masing. Kesatuan yang ingin dibina antara kaum Melayu sudah lama dilaungkan namun slogan kesatuan itu hanya ayat tunggangan politik semata-mata.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Adakah zahid hamidi mencadangkan malaysia menjadi sebuah negara diktaktor?

Next Post

Perkasa kembali bahasa Melayu, nilai semula keberkesanan DLP

Related Posts