Sudahlah Susah Dapat Pelanggan, Pemandu Teksi Pening Isu Gas NGV

gas ngv

Tindakan kerajaan yang memulakan langkah untuk menghentikan penjualan gas NGV secara sepenuhnya pada 2025 telah merumitkan nasib sebahagian rakyat Malaysia.

Antara golongan atau kumpulan yang begitu terkesan ialah pemandu teksi yang menggunakan gas NGV untuk kenderaan teksi mereka.

Satu laporan berita ada melaporkan pemandu teksi di bandar Alor Setar meluahkan keluhan tentang keputusan kerajaan untuk menghentikan penggunaan gas asli mampat (NGV) bermula Julai tahun depan.

Mereka mendakwa sudah banyak wang dilaburkan untuk memasang tangki NGV pada kenderaan teksi mereka yang ada tangki tersebut mempunyai tarikh luput lima tahun lagi.

Hal ini bermakna mereka sudah membuat kiraan bajet untuk memasang tangki NGV ini bagi kegunaan dalam tempoh jangka masa panjang.

Penghentian jualan gas NGV ini akan mengganggu perancangan perbelanjaan mereka dan semestinya mereka akan berasa terkesan untuk merangka perbelanjaan baharu selepas terpaksa menggunakan minyak petrol pada kenderaan mereka.

Susah Dapat Pelanggan, Gas NGV Pula Sudah Tidak Dijual

Bukan sesuatu yang baharu untuk rakyat mengetahui mengenai nasib pemandu teksi yang sukar untuk mendapatkan pelanggan.

Hal ini berlaku disebabkan oleh persaingan yang begitu hebat daripada Grab hingga menenggelamkan kewujudan mereka di Malaysia.

Kerajaan sepatutnya cakna dengan nasib mereka ini memandangkan kos pemasangan tangki NGV berkisar antara RM3,000 hingga RM8,000.

Kos pemasangan ini termasuk harga tangki NGV yang mana ada dua jenis iaitu tangki besi yang harganya lebih murah sementara tangki komposit (lebih ringan) lebih mahal.

Jenis sistem NGV yang dipilih akan mempengaruhi kos di mana sistem yang lebih efisien mungkin lebih mahal.

Hal ini termasuk bayaran pemasangan di bengkel berlesen dan kos untuk pemeriksaan keselamatan serta kelulusan daripada pihak berkuasa seperti PUSPAKOM.

Bantuan sebanyak RM3,000 secara ‘one off‘ oleh kerajaan untuk pemilik kenderaan NGV sebenarnya tidak cukup jika dibandingkan dengan kos pelaburan yang sudah dilaburkan oleh mereka untuk pemasangan tangki NGV.

Bukan itu sahaja malahan ia juga tidak cukup untuk membayar petrol kenderaan mereka dalam masa setahun.

Harga petrol RON 95 di Malaysia adalah sekitar RM2.05 dan sebuah teksi biasanya menggunakan kira-kira 20 liter sehari untuk perjalanan sekitar 200 iaitu anggaran biasa untuk teksi di kawasan bandar.

Hal ini bermakna kos untuk pengisian RON 95 teksi dalam seminggu mungkin sekitar RM287 bergantung pada jarak perjalanan harian.

Mungkin kos yang diperlukan oleh pemandu teksi dalam tempoh setahun sepanjang mereka beroperasi ialah RM16,072 dan ia tidak cukup dibandingkan dengan pemberian RM3,000 kepada mereka secara ‘one off‘.

Jelas tindakan penghentian jualan gas NGV ini membebankan mereka yang sudah pun selama ini begitu sukar untuk mendapatkan pelanggan.

Kerajaan diseru untuk memeriksa kembali tentang bentuk bantuan terhadap kumpulan pemandu teksi ini bagi memastikan tiada rakyat yang terkesan hasil daripada keputusan kerajaan ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pertikaian laut china selatan

Selain China, Pertikaian Laut China Selatan Juga Melibatkan Malaysia Dengan Vietnam

Next Post
hidupan liar

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak Dilebarkan Laluan Bermula 2025, Bagaimana Dengan Nasib Hidupan Liar Di Hutan Sana?

Related Posts