Sampai Bila PMX Akan Bersikap ‘Fear Mongering’?

Pemuda BERJASA, Meor Azim

Shah Alam – Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kemboja yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kebetulan juga membuat lawatan rasmi di sana.

Seperti biasa dalam mana-mana majlis rasmi, tetamu kehormat akan memberikann ucapan aluan-aluan sebelum memulakan agenda rasmi majlis.

Namun demikian, agak menyedihkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisi ucapan beliau dengan fakta dan pengisian yang tidak tepat.

Beliau menggambarkan Kemboja sebagai sebuah negara yang terbuka dengan kaum minoriti lain dengan mengadakan majlis iftar secara terbuka dan melantik menteri di kalangan orang Islam sebagai contoh yang baik.

Setelah tibanya beliau di Malaysia daripada Kemboja, beliau mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Melayu dengan mengatakan masyarakat Melayu tidak perlu bersikap angkuh sehingga tidak meraikan kaum minoriti yang lain.

Beliau membandingkan dengan Kemboja hasil daripada lawatan beliau ke sana dengan merujuk Kemboja lebih bersikap terbuka dan meraikan kaum lain khususnya orang Islam.

Saya terkilan dan kecewa dengan kenyataan sebegitu.

Adakah beliau lupa bahawa Malaysia sudah lama telah melantik pemimpin daripada kaum selain Melayu untuk berada di dalam kabinet sejak merdeka lagi?

Malahan jawatan-jawatan kementerian tertentu sudah menjadi ‘kuota’ atau ‘tradisi’ buat wakil parti bukan Melayu dan Islam tertentu sejak berpuluh tahun lamanya.

Bukan itu sahaja, kawasan penduduk Melayu juga ramai calon pilihan raya bukan Melayu menang sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut melalui sokongan dan dokongan padu penduduk dan pemimpin politik Melayu padahal ada yang sudah terbukti rasis dan anti-Islam.

Ini belum dibincangkan lagi soal hakikat kejayaan harta aset kekayaan mengikut kaum. Jika dilihat senarai orang yang terkaya di Malaysia, kedudukan ranking pertama hingga kesepuluh semuanya didominasi oleh orang kaya berbangsa Cina.

Sedarlah kita sudah terlalu malah terlebuh bertoleransi wahai bangsaku itu pun masih lagi dituduh dengan pelbagai tohmahan yang mendustakan.

Malang sungguh bangsaku di negara sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Setiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya

Tidak Cukup Lagikah Orang melayu Berkorban?

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Kerajaan Tidak ‘Firm’, Keliru Dengan Keputusan Sendiri

Related Posts