BERSATU Gantung Keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar

SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai pilihan lain, selain menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kerana sebarang tindakan yang lebih keras hanya akan merisikokan kerusi Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis Sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, parti itu juga tidak akan bertindak memecat, kerana ia akan membuka ruang penghijrahan beramai-ramai sebagaimana yang berlaku pada UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018.

“Dalam kes ini, saya lihat Bersatu dalam dilema kerana mereka tak boleh pecat. Kalau tetap lakukannya, ahli Parlimen itu masih bebas menjadi wakil rakyat dan berdasarkan Akta Anti Lompat Parti, mereka bebas untuk memilih bersama parti mana.

“Jadi, mereka tiada pilihan lain kerana pada masa sama, imej parti juga perlu dijaga kerana kedudukan kerusi akan goyah dan berkurangan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Bersatu menggantung keahlian Iskandar Dzulkarnain dalam parti itu selama empat tahun susulan pendiriannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Awang Azman, agak menghairankan apabila Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang turut menyatakan sokongan kepada Anwar tidak dikenakan sebarang tindakan.

Ditanya jika situasi sama akan berulang pada wakil rakyat pembangkang lain, Awang Azman menyifatkan ia sebagai satu strategi kerana ahli Parlimen yang terlibat akan mendapat peruntukan untuk disalurkan ke kawasan mereka.

– Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jordan Hantar Bekalan Perubatan Ke Gaza

Next Post

‘Roadblock’ Untuk Semak Cukai Jalan Digital?

Related Posts