PKR Tenggelam dalam retorika Reformasi?

PUTRAJAYA: Desakan untuk menubuhkan RCI berhubung isu badan kehakiman oleh 9 Ahli Parlimen sebelum ini membawa kepada gesaan oleh 30 Ketua Cabang PKR Johor dan Kedah untuk menyiasat dan menggantung keahlian 9 Ahli Parlimen terbabit. Hal ini berlaku kerana 9 Ahli Parlimen ini dikatakan telah melanggar batas disiplin dan tataetika parti tersebut.

Ketua Pemuda Berjasa, Saudara Meor berkata, PKR sudah pun lama dikenali sebagai sebuah parti yang berjuang demi keadilan, hak asasi dan juga pembaharuan institusi. Parti yang lahir pada tahun 1998 ini secara zahirnya diasaskan atas semangat reformasi. Namun, sayang sekali parti ini akhirnya tenggelam dalam retorika reformasi. Walaupun baru sahaja 2 tahun menjadi kerajaan, perjuangan parti ini kelihatan semakin tidak relevan dan menyimpang dari landasan awalnya.

“Satu demi satu isu besar yang sepatutnya menjadi perhatian kerajaan kini dipinggirkan dan diambil mudah pimpinan kerajaan. Misalnya, kes Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Individu berprofil tinggi yang sepatutnya melalui proses keadilan sepenuhnya diberi ruang lepas tanpa penjelasan meyakinkan, sekaligus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap ketelusan dan integriti sistem perundangan negara.” tambahnya lagi.

Tindakan beberapa ahli PKR yang membawa gesaan tersebut boleh dikatakan sebagai tidak wajar kerana seolah-olah cuba menafikan hak bersuara rakan mereka yang cuba mempersoalkan tindakan kerajaan dalam krisis kehakiman sedia ada. Ahli-ahli PKR sepatutnya meraikan sahaja bahkan bersama-sama ‘langkah-langkah’ berani sahabat mereka supaya jawapan dan kebenaran di sebalik krisis yang berlaku ini mampu diselesaikan secara segera.

“PKR menjanjikan pelbagai reformasi yang boleh mereka lakukan apabila rakyat mengundi ahli-ahli parti mereka sewaktu pilihan raya. Namun kini, semua itu tidak memberi apa-apa makna yang signifikan kepada rakyat setelah mereka menjadi pemerintah. Nilai-nilai yang selama ini dipegang dan diperjuangkan sudah semakin hilang dan rakyat tidak merasainya lagi. Mereka sendiri sudah gagal menzahirkan tindakan tegas apabila berdepan tokoh politik berpengaruh dalam kepimpinan mereka sendiri.”, tegasnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
nick adams malaysia

Malaysia Wajar Tolak Pelantikan Nick Adams Sebagai Duta

Next Post
elaun oncall kkm

KKM Maklumkan Elaun On-Call Doktor Belum Dapat Dinaikkan Lagi

Related Posts