Perletakan Jawatan Naib Canselor UKM: Berpunca Daripada Campur Tangan Politik?

Pada 2 Februari 2025, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkuat kuasa serta-merta. Beliau menyatakan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, atas peluang yang diberikan untuk menerajui UKM sejak 1 Januari 2021. Dalam kenyataannya, beliau memohon maaf kepada seluruh warga UKM atas sebarang kesilapan sepanjang tempoh kepimpinannya dan mendoakan kecemerlangan berterusan untuk universiti tersebut.


Namun, peletakan jawatan ini tidak berlaku dalam ruang kosong. Laporan menunjukkan terdapat ketegangan antara pihak pengurusan tertinggi UKM dan Canselor universiti, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Perkara ini menjadi semakin jelas apabila pada 14 Januari 2025, buat pertama kali dalam sejarah UKM, Naib Canselor serta ahli pengurusan tertinggi tidak dijemput ke Istana Seri Menanti bagi menghadiri upacara penganugerahan darjah kebesaran.

Amat memalukan apabila universiti yang berprestij yang ditubuhkan atas titik peluh perjuangan orang Melayu dahulu, kini terpalit dengan isu integriti. Kes Naib Canselor UKM ini bukan sekadar isu individu, tetapi cerminan kepada permasalahan pokok dalam sistem pendidikan tinggi negara. Jika benar dakwaan salah guna kuasa berlaku, ini menunjukkan bahawa tiada kawalan ketat dalam pengurusan universiti. Jika ini hanyalah satu permainan politik, maka sistem pendidikan kita telah lama ‘ditunggang’ demi kepentingan kelompok tertentu.

Pengurusan universiti harus dipimpin oleh individu yang benar-benar berwibawa, bukan boneka politik atau mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Jika institusi akademik sendiri gagal menjamin ketelusan dan integriti, bagaimana kita boleh berharap sistem pendidikan negara mampu melahirkan generasi pemimpin yang beramanah?

Inilah juga agenda BERJASA sepertimana yang telah digariskan di dalam BINA2040 bahawa pentadbiran universiti perlu bebas sepenuhnya dalam campur tangan politikus untuk memastikan ketelusan dalam pelantikan jawatan dan pengurusan kewangan. Jika kerajaan benar-benar serius mahu membanteras amalan korupsi dan mahukan sistem pendidikan unggul, kerajaan perlu:

  1. Menghapuskan campur tangan politik dalam pelantikan Naib Canselor dan jawatan utama universiti.
  2. Meningkatkan ketelusan dalam pengurusan dana universiti, terutama dalam projek infrastruktur dan perolehan.
  1. Menguatkuasakan pemantauan ketat terhadap perbelanjaan institusi akademik bagi mengelakkan ketirisan dan salah guna kuasa.
  2. Mendedahkan hasil siasatan terhadap salah guna kuasa secara terbuka kepada rakyat untuk mengelakkan spekulasi dan persepsi negatif terhadap sistem pendidikan negara.


BERJASA menyeru agar penyiasatan telus dilakukan tanpa memilih bulu, dan sekiranya benar wujud elemen rasuah atau penyelewengan, mereka yang bertanggungjawab mesti diheret ke muka pengadilan. Pendidikan adalah tiang kepada kemajuan negara, dan kita tidak boleh membiarkan institusi akademik kita terus dicemari oleh amalan salah guna kuasa!

Admin Gelombang BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Persempadanan Semula: Jangan Korbankan Kuasa Politik Melayu

Next Post

Lelaki Berpakaian Wanita dalam Acara Hiburan, Apa Tindakan Kerajaan dalam Membendung Budaya Songsang?

Related Posts