Perbincangan kerajaan dengan AS berkenaan peningkatan tarif perdagangan: Nampak Lemah?

Tindakan kerajaan untuk berbincang dengan Amerika Syarikat (AS) berkenaan peningkatan tarif perdagangan yang dikenakan terhadap Malaysia sebanyak 24% menampakkan kelemahan dan ketidakanjalan kerangka ekonomi negara.

Sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat Malaysia perlu melakukan tindakan-tindakan strategik berikut:

  1. Mengancam dan meningkat tarif terhadap barang import dari AS sebagai tindak balas serta merta (seperti yang dilakukan oleh China). AS mempunyai defisit perdagangan sebanyak USD25 billion dengan negara kita. Ini bermakna kita memiliki kelebihan.
  2. Memboikot terus import barangan atau perkhidmatan dari AS yang mempunyai banyak alternatif lain. Nilai perdagangan AS ke Malaysia pada tahun 2024 ialah USD27.7 billion.
  3. Memfokuskan export alat elektronik dan semi-konduktor ke negara rakan perdagangan yang lain seperti ASEAN, BRICS dan Eropah. AS pasti terkesan kerana 20% semi-konduktor yang diimport adalah dari Malaysia.
  4. Meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara yang ekonominya sedang berkembang pesat (emerging economy) seperti Turkiye dan Timur Tengah.
  5. Membuat perjanjian perdagangan baharu sebagai alternatif export ke AS yang bernilai USD43.43 billion (kedua terbesar selepas China).
  6. Meningkatkan kualiti dan penjenamaan produk-produk eksport keluaran negara (terutamanya barangan elektronik dan semi-konduktor) untuk menembusi pasaran ‘niche’ dengan harga premium dan kurang terkesan dengan tarif.
  7. Memberikan suntikan kewangan dan bantuan infrastruktur dan teknologi kepada syarikat tempatan yang teruk terkesan (telah dilakukan oleh kerajaan).

Kalaupun kerajaan ingin berunding, ia haruslah dilakukan secara bermaruah dengan 2 cara berikut:

  1. Menghantar bantahan rasmi terhadap WTO atas perlanggaran undang-undang perdagangan AS (walaupun semua tahu siapa yang menguasai WTO).
  2. Menggunakan badan ekonomi serantau seperti ASEAN untuk berunding, bukan pergi berseorangan sebagai sebuah negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia Perlu Waspada Insiden Rampasan Beting di LCS, Tindakan Tegas Pertahan Perairan Negara

Next Post

Perkasa Nadir Bumi: Kurangkan Kebergantungan Asing

Related Posts