HULU SELANGOR – Naratif yang membawa kepada kemenangan perjuangan Palestin dan pengakhiran kepada penjajahan Israel perlu disuburkan dan disebarluaskan kepada semua terutama rakyat Malaysia.
Suasana, pemahaman dan penghayatan yang baru itu perlu disambut dengan strategi dan gerakerja baru, iaitu semua pihak pencinta Palestin mesti membina naratif baru didalam pemikiran mereka berkenaan isu pertembungan Palestin-Israel.
Demikian menurut Ketua Pemuda Berjasa Hulu Selangor, Ustaz Miqdad bin Fadzlan Shahidi yang menjelaskan Palestin dan pejuang pembebasan Palestin masih bersendirian berjuang tanpa bantuan ketenteraan daripada negara Arab dan kuasa besar yang lain.
“Gerak kerja mengumpulkan dana untuk bantuan kemanusiaan perlu diteruskan, namun kini menuntut perubahan kepada gerakerja pembebasan Palestin dari penjajahan Israel,” tambahnya.
“Kita perlu lebih progresif menerangkan dan menjelaskan mengenai naratif terkini perang Palestin dan membawa seruan kepada umat Islam untuk membebaskan Palestin,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, bagi menggerakkan masyarakat untuk turut berperanan dalam perang pembebasan Palestin, banyak program telah dirancang diseluruh Malaysia melibatkan penyertaan pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan, komuniti, masjid, universiti serta badan kerajaan dan swasta.