Belia Memilih atau Tiada Pilihan? – Meor Azim

Penerangan Pemuda BERJASA

Tanjung Malim – Relevansi permintaan pekerjaan belia juga mempengaruhi lokasi tempat tinggal keluarga kerana faktor penjimatan.

Ketua Penerangan Pemuda BERJASA, Meor Azim menyatakan bahawa tidak hairanlah ekonomi gig mendapat tempat majoriti anak muda kerana nilai fleksibiliti lebih diutamakan dalam memilih pekerjaan.

“Walaubagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka tidak akan mampan untuk masa depan melainkan mereka mampu berfikiran jauh dengan membina jaminan persaraan secara persendirian dengan konsisten.”

Beliau menggesa kerajaan mencari jalan alternatif untuk para pejuang ekonomi gig untuk terus melangkah kehadapan dengan lebih selamat dan stabil.

“Kerajaan perlu memfokuskan kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi mengekalkan tenaga muda dalam sektor formal.”

“Industri pada masa kini memerlukan pekerja berkebolehan melakukan dua atau tiga kerja sekaligus (multitasking). Oleh itu, perkembangan kemahiran sangat diperlukan bagi memasarkan potensi generasi emas ini pada industri tempatan mahupun antarabangsa” tambah beliau.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Penerangan Meor Azim

Terlalu Banyak Rumah Mampu Tengok, Berbanding Mampu Beli – Meor Azim

Next Post
Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

Pertukaran Waktu Mula Sekolah Perlu Dinilai Semula – Zulkifli Yahya

Related Posts