Bahasa Melayu Bukan Sekadar Simbolik – Ir Lukman Al Hakim

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

1. BERJASA menyokong penuh cadangan Peguam Negara untuk memuktamadkan Perlembagaan Persekutuan dalam versi Bahasa Malaysia.

2. Sebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih 60 tahun, mengapa kita masih lagi dipengaruhi oleh penjajah British dari segi sistem politik, budaya dan bahasa?

3. Apatah lagi dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri termaktub Perkara 160B yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat percanggahan atau perselisihan antara teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, maka teks Bahasa Kebangsaan sepatutnya mengatasi teks Bahasa Inggeris.

4. Mungkin ramai yang tidak maklum, teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan telahpun wujud dan telah dilancarkan oleh KDYMM YDPA semenjak 2003 lagi.

5. Malah, BERJASA menggesa semua perbicaraan dan komunikasi dalam semua jenis dan tahap mahkamah juga menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai medium rasmi.

6. Kita tidak mahu bahasa ibunda ini sekadar menjadi simbol atau lambang, sebaliknya mesti diamal dan dikuasai oleh segenap lapisan masyarakat yang benar-benar cintakan tanahair ini.

Ir Lukman Al-Hakim
Naib Presiden BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Pembangunan Orang Asli Masih Diketepikan – Ketua Pemuda BERJASA

Next Post
Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Negara Perlukan Pemimpin yang Jujur dan Cekap – Zamani Ibrahim

Related Posts