Akta PSB: Ahli Parlimen Melayu Islam diseru Bersatu Menjaga Kepentingan Orang Melayu, Bukan Pemaju

psb

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) sebelum ini dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Jun atau Julai tahun ini selepas melalui pelbagai proses perundangan dan libat urus sejak Disember tahun lalu.

Cadangan yang dicetuskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah mengundang pelbagai kritikan dan maklum balas dari masyarakat awam. Ini disebabkan oleh beberapa kebimbangan terhadap kesan jangka masa panjang yang melibatkan nasib dan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Saudara Meor Azim yang merupakan Ketua Pemuda Berjasa berkata, akta ini secara zahirnya banyaknya memaparkan ‘keindahan’ seperti keadaan fizikal yang lebih baik, cantik dan moden namun di sebaliknya penuh dengan perkara-perkara yang boleh menggugat dan mempengaruhi kedudukan ekonomi dan sosial pemilik asal khususnya.

“Saya nampak akta ini boleh mengakibatkan marginalisasi ekonomi yang mana URA membolehkan pembangunan semula dilakukan dengan majoriti minimum. Sebagai contoh, jika 80 peratus jiran bersetuju, rumah pemilik tetap boleh diambil walaupun mereka menolak. Dan ini akhirnya menyebabkan orang Melayu yang tidak mampu membeli semula unit baru berserta harga lebih mahal itu terpaksa berpindah ke pinggir bandar”, katanya.

Akta itu sebelum ini juga mencetuskan kontroversi kerana didapati banyak kekurangan dari segi pendetailan pulangan atau pampasan kepada pemilik beserta hak pemilik untuk mendapatkan tindakan undang-undang jika ada sebarang pertikaian. Prof Dr Ainul Maria Jaidin juga dalam temu ramah bersama Astro Awani memberi pandangan bahawa akta yang sememangnya dibina perinciannya oleh kerajaan tidak sepatutnya memberi kepentingan dan ruang mediasi kepada pemaju.

“Apabila URA ini berjaya dilaksanakan, ia tidak mustahil boleh mempercepatkan pengambilalihan oleh pemaju yang kebanyakannya bukan bumiputera malah ini sekaligus menjadikan kadar pemilikan hartanah orang Melayu di kawasan strategik semakin rendah dan akhirnya kapitalis menguasai pembangunan semula dan menikmati kekayaan bandar tersebut”, tambahnya.

Saudara Meor juga berpandangan kos sara hidup akan semakin meningkat dengan adanya pembangunan melibatkan kondominium mewah dan orang Melayu di sekitar itu tidak lagi mampu menyewa atau berniaga di tempat lama mereka. Hal ini juga kerana akan wujudnya lapisan golongan yang lebih berkemampuan dan ruang niaga lebih memenuhi ‘permintaan’ golongan terbabit.

“Saya menyeru Ahli Parlimen Melayu Islam yang ada di Dewan Rakyat ketika ini bersatu dalam membangkitkan persoalan yang memastikan kepentingan majoriti penduduk berbangsa Melayu dipelihara dan selayaknya mendapat pulangan yang berbaloi serta menjamin kehidupan mereka jika pembangunan semula ini tetap diteruskan. Pihak kerajaan sepatutnya memaksimakan usaha demi manfaat yang boleh diperoleh oleh penduduk berbanding secara jelas memihak kepada kepentingan pemaju. ” tegasnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
umno dan dap

Kerjasama UMNO Dan DAP: Politik Baru, Risiko Lama

Next Post
brics malaysia

Sebagai Rakan BRICS, Malaysia Meneliti Untuk Sertai Bank Pembangunan Baharu (NDB)

Related Posts