Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), syarikat yang bertanggungjawab menguruskan lapangan terbang di Malaysia, kini telah bertukar hak milik. Menurut laporan, MAHB kini
dimiliki secara besarnya oleh GDA atau GateWay Development Alliance Sdn Bhd, sebuah konsortium yang terdiri daripada Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Hakikat bahawa sebahagian besar kepentingan MAHB kini dipegang oleh entiti asing
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Mana tidaknya, proses penswastaan yang dimulakan pada Mei 2024 lalu telah menjadikan perolehan GDA adalah lebih daripada 95% saham MAHB sekaligus memperlihatkan mereka sebagai pemilik utama syarikat tersebut.
Persoalannya, bagaimana kerajaan boleh secara mudah membenarkan firma pelaburan luar mendapat pegangan yang besar dalam aset strategik milik negara? Adakah penilaian risiko telah dibuat sebelum membuat keputusan sebegini?
Kerajaan Dilihat Lemah, Aset Strategik Dijual Pula kepada Entiti Asing?
Penjualan sebahagian besar kepentingan dalam MAHB kepada GDA menimbulkan
persoalan mengenai kedaulatan ekonomi negara. Tindakan ini menunjukkan kerajaan seolah-olah menggadaikan aset strategik negara kepada pihak asing, yang berpotensi menjejaskan
kepentingan nasional.
BINA2040 telah lama mengkritik dasar ekonomi negara yang lemah dan membuka ruang
kepada pemilikan asing. Penglibatan syarikat pelaburan luar dalam aset strategik negara
menunjukkan betapa Malaysia semakin bergantung kepada kuasa ekonomi luar, seperti yang
telah dinyatakan dalam dokumen tersebut.
BlackRock: Pelaburan yang Mencurigakan!
Lebih membimbangkan, BlackRock mempunyai sejarah pelaburan yang berkait rapat dengan
Israel. Firma ini telah beroperasi di Israel sejak 2016 dan secara aktif menggalakkan pelaburan
di sana. Malah, BlackRock didakwa melabur dalam syarikat-syarikat yang membekalkan
senjata kepada tentera Israel, yang digunakan dalam konflik terhadap rakyat Palestin.
Tindakan kerajaan membenarkan firma yang mempunyai kaitan dengan Israel untuk memiliki
kepentingan dalam aset strategik negara adalah satu pengkhianatan. terhadap prinsip solidariti
dengan Palestin. Ini menunjukkan sikap tidak sensitif kerajaan terhadap penderitaan rakyat
Palestin dan boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia Islam.
BERJASA: Jangan Gadai Masa Depan Negara!
Parti BERJASA menegaskan bahawa aset strategik negara seperti MAHB harus kekal di bawah
pemilikan dan pengurusan tempatan. Kerajaan sepatutnya mencari jalan untuk
memperkukuhkan kedudukan kewangan MAHB tanpa perlu melibatkan pelabur asing yang
boleh menjejaskan kedaulatan ekonomi negara.
BINA2040 juga telah mengusulkan perlunya rombakan dasar ekonomi bagi memastikan aset
strategik kekal dalam kawalan tempatan dan tidak jatuh ke tangan pihak asing yang boleh
mengancam kedaulatan negara. Malangnya, kerajaan yang ada hari ini lebih cenderung
mengambil jalan mudah dengan usaha penswastaan sehingga tidak menyedari ianya seolah-olah menjual kepentingan negara kepada entiti asing.
BERJASA menyeru kerajaan untuk mengkaji semula keputusan ini dan memastikan bahawa aset strategik negara kekal di bawah kawalan tempatan demi menjamin kedaulatan dan kepentingan nasional. Jika kerajaan terus menjual aset negara kepada pihak asing, tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan kehilangan hak ke atas infrastrukturnya sendiri!