KUALA LUMPUR – 12 MEI: Angkasa BERJASA menyeru lebih ramai mahasiswa tampil bersama parti tersebut dalam usaha membina budaya politik yang lebih berintegriti, berprinsip dan selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Seruan itu hadir ketika sebahagian anak muda dilihat semakin muak dengan politik retorik, budaya populis serta kekecewaan terhadap hala tuju politik semasa.
Menurut wakil Angkasa BERJASA, ramai mahasiswa mula mempersoalkan perjuangan politik apabila slogan dan janji tidak diterjemahkan melalui tindakan.
“Ramai anak muda menyesal membuang undi sebelum ini kerana perubahan yang diharapkan gagal membawa pembaikan sebenar kepada rakyat.”
“Kami dalam BERJASA memahami keresahan itu kerana politik hari ini tampak semakin hilang prinsip dan hanya berorientasikan kuasa,” katanya.
Mahasiswa perlu berani tampil ke depan
Beliau berkata, negara memerlukan lebih ramai mahasiswa yang berani tampil ke depan membawa idealisme, keberanian dan prinsip perjuangan yang jelas.
Menurutnya, mahasiswa perlu terlibat aktif dalam politik dan pembinaan masa depan negara, bukan sekadar menjadi pemerhati.
“BERJASA membawa pendekatan politik yang berteraskan integriti, prinsip serta perjuangan yang selari dengan Perlembagaan.
“Kita perlukan lebih ramai anak muda yang sanggup mempertahankan nilai, bukan sekadar menjadi pengikut kepada arus politik semasa,” katanya.
Politik retorik semakin ditolak anak muda
Dalam pada itu, Angkasa BERJASA mendakwa generasi muda semakin kritikal terhadap politik retorik yang hanya muncul ketika musim pilihan raya.
Menurut mereka, anak muda kini lebih menilai konsistensi pendirian, keberanian mempertahankan prinsip dan kejujuran dalam membawa suara rakyat.
Katanya, keadaan itu menyebabkan sebahagian mahasiswa mencari platform politik alternatif yang lebih dekat dengan aspirasi rakyat dan tidak terikat dengan permainan kuasa.
Seru mahasiswa sertai Angkasa BERJASA
Sehubungan itu, Angkasa BERJASA mengajak mahasiswa dan anak muda yang berkongsi keresahan sama untuk bersama parti tersebut.
“Ayuh bersama Angkasa, ayuh jasa bersama BERJASA.
“Kita bina semula politik yang lebih bersih, berani dan berprinsip demi masa depan negara,” katanya.
Pendaftaran ahli boleh dibuat melalui pautan rasmi berikut:
Orang ramai juga boleh mengikuti perkembangan lanjut melalui: