Lima Calon Berjasa Berdepan Calon ‘Heavyweight’ – Pengarah Pilihanraya BERJASA

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

BERJASA menghantar 13 calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melalui Gerakan Tanah Air (GTA) dengan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pengarah Pilihan Raya Berjasa, Ir Lukman Al Hakim Muhammad berkata, pada PRU15 lima daripada 13 calon yang bertanding bakal berdepan dengan nama-nama besar atau calon ‘heavyweight’.

“Pada masa sama semua calon Berjasa berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Calon paling muda Berjasa ialah Auzaie Fadzhlan Shahidi, berusia 27 tahun dan bakal menyaingi calon ‘heavyweight’ Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Larut iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Di Putrajaya, Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli yang juga mantan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dari BN dan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Radzi Jidin dari PN.

Di Parlimen Kota Raja, aktivis muda, Fahmi Bazlan Muda mencabar Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) juga penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu daripada Pakatan Harapan (PH).

Sementara calon keempat, Muhammad Nazriq Abdul Rahman, 36 tahun pula bakal menentang bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan wakil PN, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Berjasa turut menawarkan calon profesional, seorang Pakar Perunding Bedah Ortopedik Dr Mohamad Nor Sundari yang berdepan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Parlimen Indera Mahkota.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Calon GTA BERJASA

PRU15: Senarai Penuh Calon Gerakan Tanah Air

Next Post
Cikgu Zulkifli Yahya

BERJASA Perjuangkan Pendidikan Beridentitikan Nasional – Zulkifli Yahya

Related Posts