Selesaikan Dahulu Isu Warga Asing Yang Masih Belum Keluar Dari Malaysia – Ir Ts Lukman Al Hakim

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Bangi – Langkah kerajaan mencadangkan visa ketibaan kepada semua negara supaya kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, dianggap tidak wajar dan boleh memudaratkan kedaulatan negara.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad berkata Ini kerana rekod rasmi terdahulu pernah menunjukkan ramai pelancong yang masuk melalui visa ketibaan tidak pulang semula ke negara asal.

Kerajaan sepatutnya tidak hanya memikirkan soal keuntungan sahaja dari segi pelancongan malahan perlu bertegas dalam merancang SOP kemasukan warga asing terlebih dahulu.

Jabatan Audit Negara telah melakukan audit pada tahun 2016 hinggga 2018 bahawa sebanyak 95 peratus pelancong daripada China dan India tidak mempunyai rekod ke luar negara daripada Malaysia.

Jadi di sini menjadi satu persoalan yang besar bahawa bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan perancangan sebegitu rupa walhal isu ini masih tidak lagi selesai,

Tambahnya lagi, kewujudan sindiket penjualan kad pengenalan yang sedia ada bertujuan untuk disalahgunakan oleh warga asing telahpun mendatangkan masalah yang besar kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Beliau menegaskan juga sistem kedatangan warga asing di negara kita perlu ditambah baik iaitu kemasukan dan kepulangan mereka ke negara asal.

Sistem yang ada sedia kini amat mengecewakan kerana dilakukan secara manual dan tidak mampu mengesan atau mengenalpasti kemasukan dan keluar warga asing di negara kita.

Kerajaan sepatutnya memfokuskan untuk memantapkan lagi sistem kawalan sempadan negara kita. Beliau melihat sempadan negara kita amat mudah untuk diceroboh tidak kira sama ada di daratan ataupun perairan.

Mengikut statistik rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia warga China ke Malaysia pada 2018 hingga 2021, terdapat 1,222,278 warga China yang masih belum keluar dari Malaysia.

Sumber – TV Pertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Hentikan Politik Dendam – Fahmi Bazlan

Next Post
Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA

Isu KWSP: Sokong Jika Dikeluarkan Secara Bersasar – Mohd Hamdan

Related Posts