Ini Tanah Berdaulat: Manifestasi Ke Arah Identiti Watan

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Puchong – Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba beberapa minggu lagi, kini adalah masa yang terbaik untuk kita membuat refleksi tentang isu-isu asas kenegaraan. Persoalannya ialah siapakah kita? Apakah identiti negara kita? Apakah sejarah kita? Bagaimanakah kita mahu bergerak maju ke hadapan tanpa melupakan identiti dan aspirasi asal yang telah lama terbentuk? Segala persoalan ini sering bermain di minda majoriti rakyat Malaysia tidak kira golongan ahli politik mahupun rakyat.

Secara ringkasnya, sejarah Malaysia bermula jauh lebih awal dari tarikh penubuhan rasminya pada tahun 1963. Asalnya nama Malaysia dicipta oleh pelayar Perancis bernama Jules Dumont d’Urville pada tahun 1831 dengan menggabungkan perkataan “Malais” (Melayu) dan “nésie” (pulau). Ia merujuk kepada kawasan “Malayo-Polynesian” dari Madagaskar sehingga ke Filipina dan Papua New Guinea termasuk hingga ke kepulauan Polynesia yang terpencil.

Kemudian pada tahun 1835, Thomas G. Bradford dari US menterjemah Malaisie jadi “Malaysia”, barulah istilah Malaysia mula dipakai secara meluas sebagai konsep geografi.

Namun penjajahan menyebabkan sempadan geografi gugusan kepulauan Melayu ini dipecah-pecahkan kepada banyak negara seperti mana yang kita lihat pada hari ini.

Naib Presiden II BERJASA, Ir Lukman Al Hakim dalam satu penulisa ringkas di media sosialnya menulis bahawa berdaulat bermaksud mempunya kuasa tertinggi yang mutlat dan diiktiraf dalam wilayah geografi tertentu. Ia juga membawa maksud kita bukan boneka, tidak dikawal oleh warlord, tidak dikuasai secara proxy dan bebas dari campur tangan dan cengkaman asing.

Tambahnya lagi, berdaulat bermaksud pemimpin dan rakyat amat jelas identiti negara serta bebas menentukan halatuju masa depan negara mengikut identiti tersebut dengan didokong aspirasi serta citra rakyat .

“Sebagai sebuah negara yang telah merdeka kita sepatutnya bebas menentu dan mempertahankan identiti dan perpaduan, perlembagaan dan perundangan, politik dan kepimpinan, ekonomi, pendidikan dan pembangunan teknologi negara”.

“Sebarang ideologi yang merungkai ikatan ini seperti sekularisme, liberalisme dan humanisme harus ditentang walaupun dibawa masuk oleh mereka yang berada di tampuk kepimpinan.Islam, Melayu dan Raja sebagai tiang seri perlembagaan persekutuan mesti dipertahankan”, tulis beliau di laman media sosialnya.

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia mungkin tidak mampu mengubah sempadan geografi negara ini seluas dahulu, ketikamana ia mendapat namanya namun kita pasti mampu memimpin dan menerajui negara-negara jiran lain supaya Asia Tenggara dan Asia jadi kuat di mata dunia.

Di akhir penulisan ini, beliau mengajak semua rakyat Malaysua bersama-sama mempertahankan kedaulatan negara yang dikecapi ini sehingga ke hujung nyawa.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

Wujud ‘Data Breach’ Dalam isu Skim Insan Selangor

Next Post

Isu Hadis 40: KPM Jangan Tunduk Pada Suara Sumbang NGO

Related Posts