Festival Fesyen Melbourne Bersikap Biadab – Dr Fadilah

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah

Bangi – Wanita BERJASA mengutuk sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina agama Islam, seperti yang berlaku baru-baru ini di Festival Fesyen Melbourne.

Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadilah berkata, perbuatan menyerang agama Islam termasuk menggunakan medium-medium seni adalah satu bentuk gerakan tersusun yang dirancang serta mungkin ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau menambah, umat Islam seharusnya bersatu dalam mempertahankan agama serta permohonan maaf yang dikeluarkan setelah mendapat bantahan umat Islam, tidak seharusnya menjadikan umat Islam berlembut hati dalam menghadapi niat jahat pihak-pihak tertentu.

“Kita faham bahawa walaupun Islam adalah agama yang mengiktiraf hak beragama setiap orang tetapi menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankan Islam daripada serangan musuh-musuh”.

“Perlu jelas bahawa kita ada maruah yang perlu dipertahankan dan menjadi tanggungjawab untuk kita menangkis segala tohmahan yang bertujuan untuk mencemarkan imej Islam”, tegas beliau.

Terdahulu, tular baru-baru ini foto yang memaparkan kalimah Allah terpampang dengan jelas di busana model sewaktu Festival Fesyen Melbourne.

Ia mendapat kecaman ramai yang berpandangan ia telah menghina Islam dan kalimah Allah itu sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perhalusi Dahulu RUU Warga Emas -Asral Widad

Next Post
DATIN ASMAHAN ZAIDON

Bersikap Kritis Dengan Budaya Barat – Datin Asmahan Zaidon

Related Posts