Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berkali-kali menyatakan komitmen untuk menghapuskan tol jika mereka dipilih menjadi kerajaan namun janji hapus tol itu telah hilang begitu sahaja ketika menjadi kerajaan kini.
Lim Guan Eng sebelum ini berkata PH sedia memansuhkan tol di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jika mereka diberi mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Malahan beliau mendakwa cadangan ini boleh dibuat dengan merujuk kepada kejayaan mereka mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus sewaktu 22 bulan mereka memerintah.
Mereka telah pun menjadi kerajaan hasil ihsan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas PRU15 namun tol tetap ada dan tidak dihapuskan seperti yang dijanjikan.
Bukan Hapus Tol Malahan Sambung Konsensi Tol
Kerajaan memungkiri janji untuk menghapuskan tol malahan telah menyambung konsensi tol untuk semua Lebuhraya PLUS sehingga tahun 2068.
Lebuhraya PLUS akan disambung konsensi tol sebanyak dua kali iaitu bermula dari tahun 2038 hingga 2058 dan seterusnya ke tahun 2068.
Hal ini bermakna tempoh lanjutan konsensi tol ini dibuat dalam tempoh 30 tahun dan ia merupakan tempoh yang agak panjang.
Alasan penyambungan konsensi ini dibuat bagi mengelakkan kenaikan kadar tol yang akan dikenakan terhadap pengguna lebuh raya.
Mereka lupa bahawa rakyat tidak menuntut janji kadar tol dikurangkan tetapi mereka menuntut janji PH yang menjanjikan tol dihapuskan di lebuh raya Malaysia.
Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk membina 6 lebuh raya bertol baharu dan hanya menunggu keputusan rasmi daripada kerajaan Persekutuan.
Lebuh raya itu ialah Lebuhraya Putrajaya-Bangi (PBE), Lebuhraya Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway (KL NODE), Lebuhraya Senawang KLIA Salak Tinggi (SKLIA), Lebuhraya Pintasan Lebuhraya Persekutuan (PINTAR), Lebuhraya Kuala Lumpur Shah Alam (KL SKYWAY) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Klang Link (SKL).
Sudah jelas kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang pembohong dan bijak menggula-gulakan rakyat untuk mengundi mereka.
Negara ini memerlukan pemimpin dan kerajaan yang cekap untuk dipimpin bukannya pemimpin yang suka berbohong dan mendustakan janji.