Dahulu Kerajaan PH Batalkan Projek Laluan LRT3, Kini Diteruskan Semula

laluan lrt3

KLANG – Projek laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang pernah dibatalkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 dahulu akan disambung semula oleh kerajaan kini. Laluan LRT3 ini dijangka akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerja-kerja fizikal dan penstrukturan sudah mencecah 95 peratus dan dijangka siap pada Oktober ini.

Ia akan disusuli kerja-kerja pengintegrasian sistem dan perkhidmatan dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada suku ketiga tahun hadapan. Lima stesen LRT3 yang dikembalikan untuk disiapkan ialah Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja, dan Bandar Botanik.

Kerajaan PH kini dilihat sudah mula sedar tentang kepentingan projek infra yang amat diperlukan oleh rakyat. Keadaan trafik yang amat kritikal di Malaysia kini amat memerlukan solusi yang boleh mendatangkan kemudahan kepada rakyat.

Hal ini dapat dibuktikan aduan penduduk di kawasan Klang pada 2018 yang menolak cadangan untuk kerajaan waktu itu membatalkan projek LRT3 yang melibatkan lima stesen tersebut.

Mereka mendakwa penggunaan LRT di sini amat diperlukan bagi memudahkan semua penduduk ke bandar Kuala Lumpur dan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang melampau pada waktu kemuncak di Shah Alam.

Penduduk Bukit Raja, Shaari Yusop dan Devi, mereka tidak setuju jika stesen LRT3 dibatalkan kerana penduduk di situ semakin padat.

“Di sini nak pergi kerja pun susah, macam orang kelas pertengahan, saya lihat mereka selalu jalan kaki sahaja di sini sebab harga Grab mahal walaupun jarak dekat.

Saya tidak kisah kalau kerajaan nak kurangkan kos untuk LRT3 dan jumlah bilangan kereta api lebih pendek, tak apa bagi kami. Janganlah batalkan LRT3 ini dan apabila ia siap, tepatilah waktu walaupun LRT3 ini kerajaan pendekkan, supaya jumlah kapasiti yang banyak boleh gunakan pada waktu kemuncak,” kata mereka.

Terdahulu, cadangan pembatalan projek LRT3 dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan alasan ia memerlukan kos tinggi.

Kerajaan menjelaskan pembatalan projek itu dibuat selepas mengambil kira implikasi kewangan kerajaan.

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
anthony loke arak

Anthony Loke Dakwa Syarikat Arak Boleh Buat Program Di Sekolah Tapi Jangan Tunjuk Logo

Next Post
sektor pertanian warga asing

Selepas Sektor Pertanian, Kini Sektor Nelayan ‘Berpotensi’ Dimonopoli Warga Asing

Related Posts