Anthony Loke Dakwa Syarikat Arak Boleh Buat Program Di Sekolah Tapi Jangan Tunjuk Logo

anthony loke arak

KLANG – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendakwa tiada halangan untuk mana-mana syarikat arak menganjurkan program mengumpul dana di sekolah dengan tujuan membiayai pembangunan di sekolah vernakular. Namun demikian, Anthony Loke meletakkan syarat untuk syarikat arak tersebut tidak mempamerkan sebarang logo perniagaan mereka.

“Kalau berada di premis sekolah, jenama atau logo ini tak boleh dipaparkan tetapi program boleh buat. Tetapi kalau dekat luar, dia tiada halangan dan kebanyakan program ini berlaku di luar bukan di sekolah, restoran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan kekesalan dengan isu yang berbangkit ini dan mendakwa ada pihak yang sengaja cuba membesarkannya sehingga menjadi isu perkauman.

Beliau tegaskan program ini sudah bertahun dijalankan dan tidak pernah timbul isu yang disensasikan seperti hari ini.

Sebenarnya beliau tidak faham isu ini secara mendalam. Ramai pihak mengkritik adalah disebabkan oleh sekolah yang merupakan institusi pendidikan telah dicemari dengan barang yang memudaratkan iaitu arak.

Hal ini juga bertepatan dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melarang mana-mana tajaan melibatkan arak, judi dan arak disumbangkan kepada sekolah yang bernaung di bawah KPM.

Jadi adakah Anthony Loke cuba melangkaui tugas dan tanggungjawab KPM walhal beliau sebenarnya adalah Menteri Pengangkutan?

Pakatan Harapan (PH) kini sudah pun menjadi “government of the day” namun masih cuba menentang undang-undang yang sudah lama ditetapkan di Malaysia. Nampaknya mereka masih lagi bermentaliti pembangkang dan sesuai menjadi pembangkang sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
harimau asia

Benarkah & Bolehkah Malaysia Menjadi ‘Harimau Asia’?

Next Post
laluan lrt3

Dahulu Kerajaan PH Batalkan Projek Laluan LRT3, Kini Diteruskan Semula

Related Posts