“Generasi sekarang memerlukan pelukan tarbiyah ” – Umi Kalsom

KAPAR -Solidariti Anak Watan bersama Palestin mendapat sambutan di luar jangkaan apabila kehadiran kanak-kanak di sekitar Selat Klang melebihi 100 orang malam semalam. Program Cuti-cuti Anak Watan anjuran Wanita BERJASA Kapar dengan kerjasama Akademi Ngaji Anjung Lestari telah diadakan di Pusat Aktiviti Masyarakat BERJASA Kapar malam tadi dengan penampilan istimewa karakter Abu Ubaidah dalam persembahan pentomen sebagai salah satu aktivitinya.

Menurut pengasas Akademi Ngaji Anjung Lestari, Ustazah Umi Kalsom Hussin, tugas mendidik anak watan adalah amanah yang terpikul di bahu kami. Generasi sekarang memerlukan pelukan tarbiyah dan dakapan kasih sayang agar membesar menjadi pejuang agama, tanah air dan ummah keseluruhannya.

Semoga dengan penganjuran program ini diharap dapat mengesani jiwa anak-anak watan Malaysia, khususnya di Kapar.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengosongan Gaza Melalui Projek ‘Greater Israel’

Next Post

HAMAS Selayaknya Diberi Autoriti, Memimpin Situasi Di Medan

Related Posts