Cadangan pemotongan RM5.45 bilion sektor kesihatan dan pendidikan tinggi: BERJASA Bantah Sekeras-kerasnya, Persoal Keutamaan Belanjawan Kerajaan Madani – Hamdan Sharif, Ketua Penerangan Parti BERJASA

cadangan pemotongan
cadangan pemotongan

KUALA LUMPUR – 30 APRIL: Parti BERJASA membantah cadangan pemotongan sehingga RM5.45 bilion melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi yang didakwa dilakukan atas alasan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata langkah tersebut bukan sekadar pelarasan fiskal, sebaliknya boleh mencetuskan kesan berantai terhadap masa depan negara.

Menurutnya, tindakan itu dilihat bercanggah dengan komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang sebelum ini memperuntukkan sekitar RM46.5 bilion kepada sektor kesihatan bagi menaik taraf hospital, memperkukuh fasiliti dan menambah tenaga kerja.

Cadangan pemotongan ini menghantar isyarat bahawa perancangan kerajaan tidak konsisten dan berisiko menjejaskan kesinambungan projek kesihatan awam serta pendidikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sistem kesihatan awam berdepan tekanan

Hamdan berkata pemotongan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberi kesan langsung kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara.

Beliau mendakwa hospital awam berisiko menjadi lebih sesak, manakala program naik taraf fasiliti dan pembelian peralatan kesihatan kritikal mungkin tergendala.

Katanya lagi, isu kekurangan doktor pelatih dan tenaga kerja barisan hadapan juga dijangka bertambah buruk sekiranya pengurangan peruntukan diteruskan.

Perkhidmatan kesihatan luar bandar juga berisiko semakin terpinggir dan memberi kesan langsung kepada rakyat,” katanya.

Pendidikan negara turut terkesan

Selain sektor kesihatan, BERJASA turut menyuarakan kebimbangan terhadap kesan pemotongan bajet pendidikan tinggi dan institusi pendidikan.

Hamdan berkata pemotongan itu menekan universiti awam dan sekolah luar bandar serta menjejaskan pembangunan generasi masa depan.

Menurutnya, gabungan pengurangan peruntukan kesihatan dan pendidikan akan mewujudkan kesan jangka panjang terhadap produktiviti negara dan daya saing tenaga kerja.

“Gabungan kelemahan kesihatan dan pendidikan akan meningkatkan kos sosial serta membebankan fiskal negara pada masa depan,” katanya.

Persoal keutamaan kerajaan

Hamdan turut mempersoalkan keutamaan belanjawan kerajaan ketika sektor asas rakyat berdepan pengurangan peruntukan.

Beliau mendakwa tindakan tersebut boleh mengorbankan masa depan rakyat demi menampung kelemahan fiskal jangka pendek.

Sehubungan itu, BERJASA menggesa kerajaan melaksanakan pelan pemulihan segera bagi sektor kesihatan dan pendidikan.

Katanya, sekiranya kerajaan gagal mengurus negara dengan berkesan, rakyat perlu diberi peluang memilih kepimpinan baharu melalui pilihan raya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
RAIN RAVE

‘Rain Rave 2026’ berisiko mencemarkan maruah dan wajah Malaysia sebagai negara Islam – Meor Azim, Ketua Pemuda Angkasa BERJASA

Next Post
Ampang surau

The Ampang surau uproar reflects failure of national integration, says BERJASA vice-president Afif Badhrulhisham

Related Posts