SUHAKAM Terlalu Lemah Bersuara Lantang Selari Perlembagaan – Zamani Ibrahim

Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Bangi – Agenda perjuangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kini dilihat semakin tiada hala tuju.

Malah, suaranya kini membuatkan orang ramai semakin keliru, di mana ia dilihat lebih bersifat peribadi berbanding matlamat asal penubuhannya.

Atas dasar itu, Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim melihat, sudah tiba masa SUHAKAM dibubarkan atau pun digantikan dengan peneraju baharu.

“SUHAKAM hari ini dilihat tidak lagi menjadi lidah kerajaan tetapi lebih mementingkan agenda tertentu dalam menyelesaikan banyak perkara.

“Badan itu hanya dilihat mampu bersuara membawa agenda songsang tetapi terlalu lemah untuk bersuara lantang selari dengan Perlembagaan Persekutuan terutama dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan suruhanjaya itu yang kini giat meneruskan kajian bagi mengiktiraf transgender di negara ini.

Perkara itu didedahkan oleh Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Mengulas isu berkenaan, Haji Zamani mempersoalkan, kementerian mana yang bertanggungjawab memantau SUHAKAM sehingga tidak mampu menegur perbuatan mereka.

Perkara tersebut, jelasnya membuktikan kementerian terbabit langsung tidak ambil peduli tentang gaya berfikir dan tindakan SUHAKAM yang sudah jauh tersasar.

“Ianya (SUHAKAM) sudah dipergunakan oleh kuasa asing untuk membawa agenda songsang seperti mengiktiraf transgender dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi, sekiranya SUHAKAM tidak mampu untuk berperanan selari dengan objektif penubuhannya, apa perlu negara kepada suruhanjaya itu lagi.

“Ini sekadar menghabiskan dana kerajaan bagi membayar gaji yang langsung tidak membawa kebaikan kepada kerajaan dan negara,” tegas beliau.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Azriq Rosman BERJASA

Dalang Gerakan Pengganas Ekstremis Di India Rahsia Terbuka Di Malaysia – Azriq Rosman

Next Post
Naib Presiden BERJASA Ir Lukman Al Hakim

Kritik Usaha Martabatkan Bahasa Melayu, Rafidah Aziz Kuno – Ir Ts Lukman Al Hakim

Related Posts